Macam Mana Nak Atasi Perasaan Anxiety Dengan Mudah
Kebimbangan atau anxiety adalah tindak balas semulajadi terhadap perasaan terancam. Ia menyebabkan orang berasa bimbang, takut, atau tertekan. Kebimbangan datang dalam pelbagai bentuk.
Keadaan seperti berucap di khalayak ramai atau memandu kereta selepas trauma kemalangan, boleh membuat seseorang berasa cemas. Kebimbangan atau anxiety menggambarkan kebimbangan, atau apabila ketakutan berlebihan yang berterusan dari masa ke masa.
Kebimbangan atau anxiety merupakan satu perasaan takut tentang sesuatu perkara pada masa akan datang dan apa yang sedang berlaku sekarang.
Kadang-kadang anxiety itu mungkin sesuatu yang anda sendiri cipta tanpa sedar!
Artikel ini membincangkan tanda-tanda kebimbangan atau anxiety dan tips-tips untuk menghadapi masalah anxiety yang anda alami. Mengubati anxiety merupakan sebuah proses yang bersifat sangat personal, dan mungkin menjadi untuk seseorang dan mungkin tidak berkesan untuk yang lain.
Kebiasaanya apabila anda berasa takut atau cemas, minda dan badan anda akan memberi tindak balas dengan cepat. Ini adalah beberapa perkara yang mungkin berlaku:
- Jantung berdegup laju
- Berpeluh
- Ketegangan/kekejangan otot
- Pening kepala
- Mulut kering
- Masalah penghadaman
- Rasa ketakutan dan bimbang yang berlebihan
- Mudah marah
- Mengalami masalah tidur
- Menghadapi masalah untuk meneruskan kerja dan merancang masa depan
- Kehilangan keyakinan diri
Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian yang pantas untuk membantu anda mengatasi rasa anxiety dengan segera, serta kaedah jangka panjang untuk mengelakkan ia daripada berulang lagi pada masa hadapan.
Hadapi Ketakutan Yang Sebabkan Anxiety
Jika anda sentiasa mengelak keadaan atau situasi yang menakutkan, anda mungkin akan terus berhenti melakukan perkara yang anda mahu atau perlu lakukan.
Tambahan pula, anda tidak akan dapat menguji sama ada keadaan akan sentiasa seteruk yang anda fikirkan, jadi anda terlepas peluang untuk mengetahui cara menguruskan ketakutan anda dan mengurangkan kebimbangan anda.
Mendedahkan diri anda kepada ketakutan anda boleh menjadi cara yang berkesan untuk mengatasi anxiety.
Kenali Diri Anda
Ambil tahu tentang ketakutan atau kebimbangan anda. Simpan diari atau rekod pemikiran bila dan apa yang berlaku. Anda boleh cuba menetapkan matlamat yang kecil dan boleh dicapai untuk menghadapi ketakutan anda.
Selain itu, anda boleh membawa senarai perkara yang akan membantu apabila keadaan mula jadi mencemaskan dan di luar kawalan. Ini boleh menjadi cara yang berkesan untuk membantu anda kekal tenang walaupun anda sedang takut.
Amalkan Gaya Hidup Aktif Dengan Bersenaman

Tetapkan jumlah senaman yang anda suka lakukan. Senaman memerlukan sedikit tumpuan, yang mana ia boleh menghilangkan ketakutan dan kebimbangan anda. Ia telah terbukti dapat mengurangkan stress, anxiety dan kemurungan.
Gaya hidup aktif mempunyai banyak kesan positif yang lain terhadap tubuh yang secara tidak langsung boleh mengurangkan anxiety.
Tidak rugi untuk anda luang sedikit masa untuk keluar dari bilik dan lakukan aktiviti senaman yang anda sukai. Pasti ada jenis senaman atau aktiviti fizikal yang boleh membuatkan anda feel good about it.
Cuba Relaks! Jangan Anxiety Dulu
Cakap memanglah senang tapi cuba buat tengok! Itulah kata orang bila kita minta dia relaks dan banyakkan bertenang. Untuk mengatasi anxiety, cuba belajar teknik relaksasi seperti pernafasan yang dalam (deep breathing) yang mana ia boleh membantu anda mengurangkan perasaan takut.
Sebenarnya deep breathing boleh membantu kita dalam banyak keadaan dan mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh kita secara langsung.
Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan cuba elakkan terlalu banyak gula. Gula sememangnya dikenali dengan kebolehan untuk mengenakan pelbagai kesan-kesan negatif terhadap tubuh kita. Dengan mengelakkan gula, anda sedang membawa diri anda jauh dari daripada penyakit diabetes.
Jangan amalkan pemakanan dari sumber junk food.
Cuba elakkan minum terlalu banyak teh dan kopi, kerana bagi sesetengah kes, kafein boleh meningkatkan tahap kebimbangan dan menjadikan ia lebih buruk. Tidak dinafikan kesan kafein kepada seseorang amat bergantung kepada banyak faktor-faktor lain dan tidak mustahil ia turut boleh memberikan kesan yang positif kepada tubuh anda.
Jika anda tidak pasti apa makanan yang baik dan buruk terhadap anxiety, cuba buat suatu diari supaya anda boleh mendapatkan sebuah data yang lebih baik.
Amalkan Terapi Diri
Terapi seperti teknik relaksasi, meditasi, yoga, atau tai chi, membantu mereka menangani kebimbangan mereka. Meditasi pada asasnya membantu anda untuk menghargai diri terhadap apa yang telah berlaku dan anda miliki dalam hidup. Ia membantu anda berfikiran positif tidak kira dalam apa jua keadaan.
Meditasi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan sekurang-kurangnya selama 5 minit. Sebelum berlangsungnya event yang membuatkan anda rasa anxiety, cuba mulakan meditasi.
Gunakan Aromaterapi
Terdapat beberapa bentuk minyak pati atau bau semulajadi seperti lavender, chamomile, dan sandalwood boleh membantu untuk bertenang. Aromaterapi dianggap membantu mengaktifkan reseptor tertentu di dalam otak anda, yang berpotensi mengurangkan kebimbangan.
Kesimpulan
Tidak salah untuk merasa bimbang atau gelisah (anxiety) bagi sesuatu perkara namun ianya perlulah dikawal kepada suatu tahap yang terkawal supaya ia tidak menganggu aktiviti seharian. Dalam satu-satu masa, ia boleh menjadi dorongan yang positif supaya kita meletakkan usaha atau persiapan yang lebih baik buat sesuatu perkara.
Tentunya lebih banyak cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi perasaan gelisah (anxious) itu tadi dan tidak semua orang akan mendapat hasil yang sama apabila mencuba sesuatu perkara yang sama kerana setiap orang adalah berbeza.
Kami doakan urusan anda dipermudahkan dan semoga penyakit anda akan sembuh suatu hari nanti. Selamat mencuba !
Rujukan
Richards, G., & Smith, A. (2015). Caffeine consumption and self-assessed stress, anxiety, and depression in secondary school children. Journal of Psychopharmacology, 29(12), 1236–1247. https://doi.org/10.1177/0269881115612404
Strachan, G., & Marengo, K. (2019, Ogos 19). Caffeine and depression: Positive and negative effects. Www.medicalnewstoday.com. https://www.medicalnewstoday.com/articles/313988#possible-risks
Imej oleh Fernando @cferdophotography daripada Unsplash