Macam Mana Nak Bezakan Stress dan Burnout
Perasaan tertekan semasa berada dibilik darjah dan pejabat adalah perkara yang sering dialami oleh seorang guru apatah lagi bila menghadapi pelajar yang bermasalah.
Namun, pernahkah anda terfikir sebagai seorang guru yang menghadapi tekanan kerja melebihi daripada sangkaan, adakah anda pernah menghadapi masalah stress atau burnout? Sebelum kita boleh bezakan antara stress dan burnout, mari kita fahami dulu maksud kedua-dua perkataan ini.
Maksud Stress
Stress adalah tekanan kerja yang melebihi sumber-sumber yang sedia ada bagi menangani kehendak. Sebagai contoh, guru sentiasa menghadapi pelajar yang pelbagai karenah, menangani kemungkinan berlakunya masalah berinteraksi dengan ibubapa, pentadbir, kaunselar, rakan kerja, tidak berpuas hati dengan gaji yang agak rendah dan pelbagai lagi yang boleh mendatangkan stress atau tekanan guru.
Maksud Burnout
Manakala burnout bermaksud berasa kosong, kurang bermotivasi dan kurang mendapat perhatian. Guru yang mengalami burnout beranggapan tiada harapan untuk perubahan positif dalam situasi mereka. Sebagai contoh, guru yang sangat rajin dan tidak pernah mengambil cuti tetapi tidak memperolehi kenaikan gaji atau pangkat. Tetapi burnout boleh terjadi disebabkan stress yang mana mendahului guru tersebut sebelum datangnya burnout dalam diri.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsi macam mana nak bezakan stress dan burnout dalam kalangan guru atau pendidik. Paling penting, harapnya anda dapat mengambil langkah-langkah perubahan dengan berkesan supaya kesihatan dan kesejahteraan diri anda dapat dijaga dengan baik. Justeru, kualiti tugasan anda boleh dijalankan secara optimum di dalam kelas nanti.
Ciri-Ciri Guru Yang Stress
Berikut merupakan antara tanda-tanda guru sedang stress:
- Penglibatan keterlaluan.
- Cemas dan hiperaktif.
- Kehilangan tenaga.
- Kegelisahan yang melampau.
Ciri-Ciri Guru yang Burnout
Berikut ialah ciri-ciri guru yang telah burnout:
- Melepaskan/ menjauhkan daripada melibatkan diri.
- Ketidakupayaan dan berputus asa.
- Kemerosotan motivasi dan harapan.
- Kemurungan.
- Terhiris perasaan.
- Merasa hidup tidak bermakna.
Kenapa Berlakunya Burnout
Burnout sering berlaku dikalangan guru apabila stress yang berlaku dalam satu tempoh yang panjang. Tetapi burnout juga boleh terhasil daripada gaya hidup guru tersebut seperti ia bekerja terlalu kuat tanpa rehat yang cukup, kurang bersosial, diberikan tanggungjawab yang banyak tanpa bantuan orang lain.
Golongan guru seperti ini selalunya merupakan guru yang berpencapaian tinggi dimana guru tersebut selalu memaksa diri untuk melakukan yang terbaik dalam proses yang diinginkan tetapi ianya mendapat perkara yang tidak diinginkan berlaku.
Macam Mana Nak Atasi Stress dan Burnout
Namun begitu, stress dan burnout bukanlah penyakit yang bersifat fizikal walaupun ia mempunyai kesan sampingan terhadap fizikal. Ia adalah perkara yang bermain-main dalam minda. Untuk mengatasinya, harus bekerja dengan minda juga. Berikut adalah perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi stress dan burnout.
Stress dan burnout adalah permainan minda!
- Senaman.
- Latihan pemakanan.
- Menulis jurnal.
- Aktiviti perkembangan profesionalisme.
- Membaca sesuatu yang berinspirasi.
- Membuat meditasi.
- Menambahbaik tempat kerja
Kesimpulan
Tidak kiralah apa kerjaya anda sekalipun, stress atau burnout mungkin berlaku jika sekali-sekali namun jangan biarkan ia menggugat kerja anda. Ambil masa untuk dapatkan semula semangat kerja yang lama dahulu. Cuba renung semula macam mana prestasi anda masa mula-mula dapat kerja tersebut.
Renung-renungkan dan semoga berjaya!
Rujukan
Aliah Zainul (2018), Stress vs Burnout: ketahui perbezaanya, Stres Vs Burnout: Ketahui Perbezaannya (iamlejen.com)
Atiqah A. (2012), Tekanan emosi dalam kalangan Guru, EDU 3109: Perbezaan antara Stress dan Burnout (atikaisyah.blogspot.com)
Imej oleh Hamed Mehrnik daripada Pixabay