Macam Mana Nak Buang Rasa Gugup Depan Orang Ramai
Ramai yang menganggap bahwa kegugupan adalah gejala yang paling besar bagi seseorang apabila berucap atau menghadapi orang ramai. Rasa lebih terlihat apabila seseorang itu kelihatan pucat, berpeluh, kaku dan menggeletar.
Walaubagaimanapun, gugup adalah perkara biasa yang dihadapi oleh golongan yang sentiasa merasa takut atau tidak yakin dengan segala ucapan yang disampaikan. Setiap orang yang berucap pastinya mahu segala pengucapan atau penyampaian yang disampaikan diterima oleh orang dan segala isi penyampaian yang disampaikan difahami dengan jelas dan tidak ditolak.
Gejala kegugupan bukanlah satu penyakit yang berterusan dan tidak boleh diatasi tetapi boleh dikawal dengan beberapa teknik atau kaedah yang sesuai. Teknik atau kaedah yang diberikan tidaklah mampu untuk menyelesaikan kegugupan seseorang sepenuhnya tetapi mampu mengatasi secara perlahan-lahan bagi mengawal sifat kegugupan pada diri seseorang.
Dalam entri kali ini, kami senaraikan untuk anda 11 tips yang mampu mengawal kegugupan semasa berhadapan dengan orang ramai.
- Menganggap gugup adalah perkara normal yang dihadapi oleh seseorang.
- Berkeyakinan dalam penyampaian yang disampaikan didepan orang ramai.
- Pengalaman berhadapan dengan orang ramai mampu mengawal/ mengurangkan kegugupan.
- Menganggap kehadiran orang ramai dengan tujuan mendengar ucapan yang hendak disampaikan dan bukannya melihat kesalahan daripada apa yang disampaikan.
- Tumpuan yang lebih kepada isi ucapan yang hendak disampaikan.
- Buat persediaan yang secukupnya.
- Menggunakan kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan yang hendak disampaikan.
- Analisis audiens atau orang ramai.
- Mengawal kegugupan semasa berhadapan dengan orang ramai.
- Melakukan senaman kecil apabila perasaan berdebar muncul.
- Pilih orang yang lebih mesra dan ramah sebagai langkah awal atasi gugup dengan orang lain.
Berucap dihadapan audiens bukanlah satu warisan yang boleh diturunkan melalui baka atau keturunan. Namun, ianya merupakan satu kemahiran yang boleh diperolehi melalui kesungguhan latihan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang yang merasa gugup setiap kali menghadapi orang ramai. Sebuah kata-kata Manander yang mana merupakan seorang cendekiawan zaman silam menyatakan “Sifat seseorang digambarkan menerusi ucapannya“.
Berdasarkan daripada kata-kata tersebut dapatlah disimpulkan bahawa proses mencari isi atau bahan ucapan serta proses mendapatkan kemahiran berucap ialah satu proses yang berterusan yang menunjukkan kemahiran dan pendidikan penyusanan kata orang berpendidikan.
Kami doakan semoga urusan anda dipermudahkan !
Rujukan
Astrid (1987), Komunikasi Teori Praktis 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sistem Komset Sdn.Bhd.
Imej oleh Daniel Reche daripada Pixabay