Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Google AdSense

Pernahkah anda terfikir macam mana nak buat duit dengan Google AdSense ? Google AdSense adalah program pengiklanan yang ditawarkan oleh Google yang membolehkan pemilik laman web dan pencipta kandungan untuk mendapatkan pulangan duit daripada kandungan dalam talian mereka.

Ia membolehkan penerbit-penerbit untuk memaparkan iklan yang ditargetkan pada laman web mereka, video, atau aplikasi mudah alih, dan memperoleh wang apabila pengunjung berinteraksi dengan iklan tersebut.

Dengan memiliki akaun atau ID Google AdSense, Google akan membayar anda melalui setiap pengiklanan yang efektif daripada ciptaan kandungan anda. Jika anda seorang yang suka mencipta kandungan, ia tentu akan memberikan pendapatan sampingan pasif tanpa perlu berpenat lelah kerana ianya bekerja sendiri tidak kira masa.

Lebih-lebih lagi jika kandungan yang dicipta anda adalah jenis disukai ramai. Jadi, dalam entri kali ini kami akan kongsi dengan anda macam mana nak buat duit dengan Google AdSense.

Baca Terma & Syarat Google AdSense

Sebelum anda mula mendaftar untuk akaun Google AdSense berikut adalah terma dan syarat yang perlu anda ambil kira:

  1. Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Anda mestilah mempunyai akaun Gmail yang aktif.
  3. Laman web anda mestilah memenuhi kriteria panduan syarat perkhidmatan Google.

Setelah anda memahami syarat-syarat di atas, anda sudah bersedia untuk mencipta satu akaun dengan Google AdSense.

Buka Laman Web Rasmi Google AdSense

Buka laman web rasmi AdSense dan tekan butang ‘Get Started’ seperti dalam gambar.

Log Masuk Ke Akaun Google

Kemudian, log masuk ke akaun Google anda. Jika anda pernah membuat akaun email Google, anda mesti boleh gunakannya.

Klik pada akaun Gmail yang anda ingin gunakan seperti yang tertera pada skrin.

Jika tiada akan Google anda boleh ciptakannya dengan mudah mengikut panduan di bawah.

Masukkan Butiran Website Anda

Anda akan diarahkan ke skrin butiran selanjutnya. Masukkan URL (alamat) website ke dalam ruang yang disediakan. Jika anda belum lagi mempunyai apa-apa website, anda boleh tinggalkan ruangan ini kosong dan klik sahaja pada pilihan ‘I don’t have a site yet‘.

Dalam skrin yang sama anda diberi pilihan untuk menerima cadangan penambahbaikan terhadap prestasi AdSense anda. Kami pilih ‘Yes, send me customised help and performance suggestions‘. Biarkan AI Google bekerja untuk kita.

Seterusnya pada kotak yang paling akhir, pilih negara pembayaran. Seterusnya, baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh AdSense dan klik pada kotak ‘I have read and accept the agreement‘ dan klik butan ‘Start Using AdSense‘.

Selepas itu, anda akan dibawa ke dashboard AdSense anda. Ini bermakna anda sudah memiliki akaun AdSense dan bersedia untuk membuat duit melalui kandungan website anda. Tahniah!

Sambungkan Website ke Akaun Google AdSense

Jangan gembira dulu, website anda belum lagi disambungkan ke AdSense sebenarnya. Pada dashboard tersebut anda akan diminta untuk buat beberapa langkah lagi. Klik pada ‘Connect your site to AdSense‘.

Anda akan diberikan snipet kod seperti di bawah yang perlu diletakkan pada bahagian <head></head> tags pada setiap halaman website anda.

Jika anda tidak tahu bagaimana boleh hubungi pembangun laman web anda dan mereka akan tolong anda lakukannya dengan mudah dan senang hati sekali.

Tunggu Sehingga Google AdSense ‘Approve‘ Website Anda

Walaupun akaun Google AdSense anda telah tercipta dan anda telah cuba ‘connect‘ website ke AdSense, anda belum boleh menjana wang sehinggalah website anda diluluskan oleh Google. Tidak semua website akan diluluskan oleh AdSense untuk menunjukkan iklan di dalamnya.

Berikut merupakan panduan ringkas untuk melayakkan website anda diluluskan oleh Google. Namun begitu, setiap kelulusan masih lagi bergantung kepada pihak Google walau apa pun jua keadaan.

Kandungan Website

Website anda harus mempunyai kandungan asli dan bernilai serta tidak boleh mengandungi sebarang kandungan yang dilarang, seperti bahan dewasa (seksual atau lucah), keganasan, ucapan kebencian, atau aktiviti haram.

Website Milik Anda

Anda mestilah mempunyai hak sepenuhnya dan kawalan penuh ke atas website yang ingin anda dimonetisasikan tersebut. Ini bermakna anda harus memiliki keupayaan untuk membuat perubahan kepada kandungan dan kod laman web tersebut. Senang cerita memang pembangunan website tersebut datang dari idea anda.

Anda tidak boleh daftarkan website orang lain untuk AdSense. Ia mestilah kandungan asli anda punya.

Dasar dan Polisi Penting Website

Website anda harus mempunyai dasar privasi yang mendedahkan bagaimana anda mengumpul, menggunakan, dan menguruskan data pengguna. Ia juga harus mempunyai syarat penggunaan atau penafian jika perlu.

User Interface & User Experience Yang Baik

Website anda juga mestilah mampu memberikan pengalaman pengguna yang baik dengan navigasi yang jelas, masa muat yang cepat, dan reka bentuk yang mudah digunakan dan dinavigasi. Sebabnya, website anda akan di’review’ oleh orang sebenar (pemeriksa) sebelum ia diluluskan.

Kandungan Yang Mencukupi

Website anda perlulah mempunyai kandungan yang mencukupi dan berkualiti sebelum memohon AdSense. Walaupun tidak keperluan khusus mengenai bilangan perkataan, adalah disarankan untuk mempunyai beberapa halaman dengan kandungan yang mencukupi.

Menurut pengalaman beberapa orang, adalah disarankan agar anda mempunyai kandungan dari 30 ke 50 halaman atau kiriman terlebih dahulu sebelum memohon dengan AdSense.

Umur Website

Walaupun tiada keperluan ketat mengenai umur website anda, Google AdSense mungkin mempunyai dasar kelulusan yang berbeza untuk laman web yang baru dibuat. Oleh itu adalah disarankan supaya anda beri tumpuan kepada membuat kandungan berkualiti dan fokus pada pengumpulan trafik sebelum memohon.

Kesimpulan

Perlu diingatkan bahawa memenuhi syarat-syarat kelayakan ini tidak menjamin kelulusan untuk Google AdSense. Selepas memohon, Google akan menilai laman web anda dan membuat keputusan berdasarkan dasar-dasar yang telah digariskan oleh mereka.

Anda disarankan untuk membaca dan mematuhi dasar-dasar program dan panduan AdSense oleh Google untuk meningkatkan peluang kelulusan website anda.

Kami doakan semoga urusan anda dipermudahkan !

Rujukan

Imej oleh 200 Degrees daripada Pixabay

Kiriman Serupa