Macam Mana Nak Buat Duit Sampingan Di Rumah Dengan 10 Cara

Tidak kira sama ada anda sedang mencari pendapatan sepenuh masa atau cuba mencari duit tambahan, terdapat banyak cara untuk membuat duit semasa bekerja dari rumah.

Dengan kuasa internet dan gajet banyak kerja-kerja dalam talian yang sebenarnya boleh dicuba untuk menambah pendapatan sampingan anda. Bahkan ada mereka yang berjaya membuat kerja dari rumah sebagai pendapatan yang utama.

Antara faedah membuat duit dari rumah adalah dapat membuat jadual anda sendiri dan dapat menikmati keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian. Jadi, jadual harian anda boleh dikawal sepenuhnya tanpa perlu fikir bos yang menjengkelkan dan tempat kerja yang menyerabutkan kepala.

Di dalam artikel ini, terdapat 10 cara yang boleh anda cuba untuk menjana wang dari rumah.

Menjadi Pembantu Secara Maya (Virtual Assistant)

Pembantu secara maya ialah seseorang yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran kepada pelanggan dari lokasi yang terpencil seperti pejabat di rumah. Pembantu maya mengendalikan pelbagai jenis kerja yang berbeza untuk pelanggan mereka, termasuk membuat rancangan perjalanan, melakukan penyelidikan dalam talian dan memeriksa e-mel.

Menjual Barangan Terpakai Secara Maya

Anda boleh mencari barang yang tidak lagi anda gunakan dan kemudian boleh menyenaraikan item tersebut di laman web e-dagang yang berbeza untuk mencari pembeli. Untuk mendapatkan jualan terbaik, penting untuk mengambil gambar yang jelas dan nyatakan deskripsi yang lengkap mengenai barangan anda.

Lakukan penyelidikan dalam talian untuk mengetahui berapa banyak barangan yang serupa yang dijual dan kemudian letakkan harga barangan anda sendiri secara kompetitif.

Menjadi Tutor Secara Dalam Talian

Gunakan pengetahuan dan pengalaman anda sebagai mungkin pemegang sijil diploma, ijazah atau apa-apa sijil untuk mengajar secara maya. Tawarkan perkhidmatan anda di kawasan sekolah atau cari pelajar yang memerlukan perkhidmatan anda.

Anda hanya boleh memohon bekerja untuk perkhidmatan tutor dalam talian yang telah ditubuhkan.

Sekiranya terdapat topik atau cerita yang anda minati, anda boleh mula menulis blog dan mempromosikannya di media sosial untuk menarik pembaca yang ingin mengetahui topik tersebut. Jika anda menarik pembaca yang ramai di blog anda, anda boleh membuat wang dari pengiklanan.

Dua platform yang popular untuk anda mula menulis blog adalah Blogger yang ditawarkan oleh Google atau WordPress yang telah dibangunkan secara open source oleh programmer di serata dunia. WordPress adalah lebih banyak digunakan kerana mempunyai lebih banyak ciri-ciri canggih namun Blogger adalah amat user-friendly kepada mereka yang kurang mahir dengan IT.

Menawarkan Perkhidmatan Secara Maya

Terdapat banyak laman web di dalam talian atau secara maya di mana pakar boleh menawarkan perkhidmatan mereka secara kontrak atau untuk setiap projek. Beberapa jenis perkhidmatan yang boleh anda tawarkan adalah reka bentuk grafik, reka bentuk laman web, pembinaan pautan, pengaturcaraan, animasi atau pembuatan video.

Menawarkan Perkhidmatan Perundingan

Antara cara lain untuk menjana wang dalam talian semasa bekerja dari rumah adalah melalui perundingan. Sekiranya anda mahir dalam bidang tertentu, anda mungkin dapat mencari pelanggan yang memerlukan nasihat mengenai matlamat perniagaan atau hal peribadi mereka. Salah satu cara untuk menunjukkan kepada orang berapa banyak pengetahuan yang anda tawarkan adalah dengan melancarkan dan mempromosikan blog anda sendiri.

Anda boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan kandungan anda dengan kos yang rendah atau bahkan secara percuma. Setelah mendapat beberapa pelanggan, anda mungkin dapat mengembangkan perniagaan anda dengan cepat melalui pemasaran dari mulut ke mulut. Anda boleh bertemu dengan pelanggan secara maya dan menjadualkan janji temu tersebut pada masa-masa yang anda boleh tetapkan sendiri.

Membuat Data Entry

Sekiranya anda mempunyai kemahiran menaip yang cepat dan tepat, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil pekerjaan memasukan data dalam talian. Pekerjaan ini biasanya boleh dilakukan dengan mudah dalam talian dan boleh ditawarkan pendapatan yang konsisten.

Anda boleh cuba tengok kelajuan anda menaip secara percuma di laman web ini. Kebanyakan kerja-kerja data entry memerlukan anda menaip sekurang-kurangnya 45 ~ 90 patah kata per minit (words per minute – WPM). Namun begitu, ia bukanlah merupakan syarat utama untuk anda diterima sebagai pekerja data entry.

Menjadi Penulis Bebas (Freelance Writer)

Kebanyakan syarikat sering menetapkan target untuk meningkatkan kedudukan mereka di dalam enjin carian. Sekiranya anda mempunyai kemahiran menulis yang bagus, ini mungkin jalan yang anda ingin pertimbangkan. Sekiranya anda belum mempunyai portfolio dalam talian dengan penulisan yang diterbitkan, anda mungkin boleh menawarkan untuk menulis beberapa keping secara percuma untuk membina portfolio.

Penulis bebas dibayar dalam kadar yang bayaran yang bergantung kepada hasil penulisan. Jika penulisan anda berkualiti, syarikat mungkin mahu mengekalkan servis anda pada jangka masa yang lama dan sanggup membayar pada kadar yang besar.

Sewakan Bilik Di Rumah Anda

Sewakan bilik tidur kosong di rumah anda di laman web sewa percutian seperti Agoda dan Airbnb boleh memberikan pendapatan mudah yang anda boleh buat di rumah. Untuk memastikan anda mengekalkan penghunian 100% pada setiap masa, pertimbangkan untuk menyewa bilik di rumah anda di pelbagai laman web yang berbeza.

Pastikan bilik-bilik dilengkapi sepenuhnya dan termasuk kos utiliti dan mungkin juga sarapan dalam harga sewa. Anda juga mungkin ingin mempertimbangkan untuk menaik taraf perkhidmatan internet anda untuk memastikan kelajuan internet yang paling pantas untuk tetamu.

Review Produk

Jika anda seorang pengguna media social dan secara kebetulan mempunyai pengikut dan kumpulan peminat yang ramai, anda boleh cuba membuat product review dan kongsikan di media sosial milik anda. Banyak produk atau syarikat di luar sana yang memerlukan produk seperti ini untuk kekal laris atau menambah lagi jualan. Terdapat banyak syarikat atau pelanggan yang menawarkan review produk. Tidak kiralah sama ada produk kosmetik, pakaian atau makanan.

Anda boleh mencuba mendekati pelanggan ini secara talian dan sebagai permulaan anda boleh membeli dahulu produk ini dan memberikan pandangan anda di dalam sosial media. Sekiranya terdapat banyak maklum balas dari pengikut sosial media anda, kemudian pelanggan akan mencari anda dan anda boleh tawarkan harga mengikut persetujuan anda dan pelanggan.

Kalau mahukan gambaran penuh apa itu product review, cuba tengok rancangan televisyen Go Shop atau WOWSHOP. Bezanya anda membuat review dengan cara tersendiri secara langsung atau muat naik ke media sosial.

10 Idea Tambahan Untuk Jana Pendapatan Dari Rumah

Berikut adalah 10 idea lain yang mungkin ingin anda pertimbangkan semasa mencari idea untuk menjana wang di rumah:

  1. Mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian.
  2. Dapatkan komisen sebagai ejen pelancongan dalam talian.
  3. Sewakan pakaian anda dalam talian.
  4. Menawarkan perkhidmatan kaligrafi untuk jemputan perkahwinan, kad dan alat tulis lain.
  5. Main permainan dalam talian dan bersaing untuk ganjaran.
  6. Jual buku-buku terpakai dalam talian.
  7. Sewa peralatan muzik atau ruang studio anda.
  8. Membuat pastri dan menjual dalam talian.
  9. Sewakan tempat letak kereta anda.
  10. Melabur dalam hartanah.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara macam mana nak buat duit di rumah terutamanya untuk suri rumah dan pelajar. Cara ini juga boleh digunakan untuk sesiapa yang sudah mempunyai kerja tetap tetapi mahukan duit tambahan atau duit poket.

Antara faedah lain bekerja di rumah ialah dapat menjimatkan wang dan tiada tekanan di tempat kerja. Anda boleh mencuba mana-mana cara di atas dan di harap artikel ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mencari cara untuk membuat duit di rumah. Selamat mencuba !

Rujukan

Indeed. (2022, Mei 20). 95 of the Best Ways To Make Money From Home. Indeed Career Guide. Diakses 10 Jun 2022, daripada https://www.indeed.com/career-advice/finding-a-job/how-to-make-money-at-home

Imej oleh Jess Foami daripada Pixabay

Kiriman Serupa