Macam Mana Nak Buat Kek Pisang Yang Paling Sedap Dengan Mudah Dan Cepat
Si abang dan anak-anak mungkin mengidam hendak makan kek pisang. Sebenarnya mudah sahaja nak buat kek pisang sendiri di rumah. Resepi ini akan menghasilkan kek pisang yang terbaik dan lembap serta boleh bertahan selama 5 hari jika disimpan elok.
Hanya dengan 7 jenis bahan sahaja anda boleh menghasilkan satu hidangan kek pisang yang ringan, gebu dan paling penting anda boleh membuatnya di rumah. Kek pisang ini sangat lembap, manis, lembut dan benar-benar lazat.
Sebaik sahaja anda membuat kek ini di rumah, anda tidak mungkin akan kembali ke roti pisang yang dibeli di luar dan keluarga pasti akan bertambah sayang kepada anda.
Resipi mudah ini memerlukan langkah yang sangat mudah yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja di rumah.
Sediakan 7 Jenis Bahan-Bahan Utama
Berikut adalah 7 bahan-bahan utama yang anda perlukan untuk membuat kek pisang yang sedap. Antaranya:
- 4 biji telur gred B
- 80 gram gula kastor
- 80 gram gula perang
- 125 gram butter (dicairkan)
- 125 gram minyak sayur
- 4 biji pisang berangan yang dilenyekkan
- 190 gram tepung + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder (ditapis)
Langkah Untuk Buat Kek Pisang
Setelah anda sediakan semua bahan-bahan di atas, boleh mula buat adunan dan seterusnya bakar ke dalam ketuhar. Ikut semua langkah di bawah dengan cermat:
- Masukkan telur, gula kastor dan gula perang ke dalam blender. Blend selama 2 minit.
- Selepas 2 minit, masukkan butter yang dicairkan dan minyak sayur ke dalam blender. Blend selama 2 minit.
- Masukkan pisang yang sudah dilenyekkan ke dalam blender. Blend selama 3 minit.
- Tuangkan adunan kek pisang ke dalam bekas.
- Letak tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan kek pisang dan kaup balik sehingga sebati.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang kek saiz 8X8. Pastikan anda gris loyang dengan kertas minyak (baking paper) bersama mentega supaya kek tidak melekat di permukaan bawah.
- Bakar kek pisang dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah selama 1 jam.
- Untuk langkah selamat, periksa jika kek pisang anda telah masak dengan mencucuk pisau atau garfu ke dalam loyang. Jika pisau anda keluar dengan kesan tepung maknanya ia belum lagi masak. Jika sebaliknya, kek anda mungkin sudah masak dan perlu dikeluarkan dari ketuhar.
Tips-Tips Penting Untuk Buat Kek Pisang Yang Terbaik
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, boleh cuba tips di bawah:
- Gunakan pisang yang sudah terlalu masak untuk rasa yang paling manis. Pisang yang terlalu masak juga akan menjadikan kek lebih lembap dan lembut.
- Gunakan telur suhu bilik. Ini sangat penting. Jika telur keluar daripada peti ais, rendam telur dengan air suam sehingga ia menjadi suhu bilik.
- Sift tepung. Ini akan memastikan tekstur yang lebih lembut.
Kesimpulan
Kek pisang sangat mudah untuk dibuat di rumah. Daripada beli dengan harga yang mahal, anda boleh buat beberapa biji kek pisang di rumah dan jamu seisi keluarga tidak kira masa hujung minggu atau semasa musim perayaan.
Selamat mencuba !