Macam Mana Nak Buat Link Whatsapp Dalam 5 Minit Je

Zaman sekarang semua benda dah jadi mudah. Antara salah satunya ialah peniaga atas talian boleh menjual barangan mereka dengan meletakkan nombor telefon di laman sosial masing-masing dengan hanya menggunakan pautan WhatsApp.

Di samping itu, pembeli juga dapat menjimatkan masa dengan hanya menekan pautan tersebut tanpa menyimpan nombor pembeli.

Apa itu click-to-chat WhatsApp Link?

Seperti yang saya katakan di atas, pembeli zaman sekarang sudah tidak mahu menyimpan nombor telefon perniagaan di dalam telefon peribadi mereka. Terutama sekali di dalam aplikasi yang mereka gunakan untuk kegunaan peribadi.

Hanya dengan satu klik, pembeli boleh terus berkomunikasi dengan penjual.

Ciri WhatsApp click-to-chat atau wa.me membolehkan pengguna berbual secara langsung dengan pengguna WhatsApp yang lain dengan mengklik pada pautan, tanpa perlu menyimpan nombor telefon mereka.

Ini sangat berguna untuk perniagaan dan pelanggan. Pelanggan hanya perlu mengklik WhatsApp link, yang mengarahkan mereka ke screen chat WhatsApp di telefon mereka atau web WhatsApp dan mula berbual dengan cepat.

Faedah Menggunakan Whatsapp Link Dalam Perniagaan Anda

Kita hidup pada zaman serba laju yang mana pengguna memerlukan maklumat atau sesuatu servis pada kadar yang laju. Mana-mana bisnes yang gagal menyediakan pengalaman servis pantas dan efisien pasti akan ketinggalan. Berikut adalah antara faedah yang bisnes anda akan dapat jika menggunakan Whatsapp click-to-chat.

Mudah untuk berkomunikasi

Kita hidup di zaman yang serba pantas dan manusia mahu segala keperluan mereka dipenuhi dengan segera terutamanya berkaitan dengan pertanyaan atau aduan mereka. Dengan adanya chat link WhatsApp, ia sangat membantu para peniaga.

Pelanggan hanya perlu menekan satu link, dan mereka dapat berkomunikasi dengan peniaga dengan hanya sekelip mata!

Membantu jualan

Aplikasi WhatsApp bukan sahaja sebagai platfom untuk berbual, bahkan ia juga boleh mempunyai pilihan untuk membeli-belah dan pembayaran langsung. Oleh itu, setiap kali pelanggan ingin melihat katalog barangan, mereka tidak perlu pergi ke laman web kerana ia boleh diletakkan di aplikasi WhatsApp itu sendiri.

Bagi pembayaran, pemindahan bank atau beralih ke aplikasi pembayaran dalam talian yang lain tidak lagi menjadi kerumitan. Membeli-belah dan pembayaran semuanya boleh dilakukan di WhatsApp.

Platform pemasaran

Hidup tanpa aplikasi pesanan segera? Zaman itu sudah tidak lagi relevan. Kebanyakan pelanggan semuanya berada di aplikasi pesanan segera. Jadi, peniaga juga perlu ada di sana.

Apabila pelanggan menekan link WhatsApp dan bercakap dengan peniaga, nombor mereka akan tersedia di pangkalan data peniaga. Oleh itu, setiap kali peniaga membuat promosi, melancarkan produk baru atau mahu pelanggan melihat laman web mereka, peniaga boleh terus menghantar katalog, menawarkan kod promosi dan link laman web secara langsung.

Tetapi ingat, jangan spam pelanggan anda! KIta mahu mengekalkan pelanggan kita, bukan menghalau mereka.

Aplikasi link WhatsApp bukan hanya satu-satunya cara untuk menawarkan kemudahan kepada pelanggan, Kod QR WhatsApp yang boleh diimbas juga dapat membantu pelanggan berhubung dengan pembeli dengan cukup pantas!

Ianya percuma!

Antara semua faedah di atas, faedah yang keempat ini adalah yang paling menarik. Membuat link WhatsApp ini adalah 100% percuma! Bukankah ini sangat menarik dan dapat menguntungkan para peniaga?

Cara Membuat Link WhatsApp Dengan 2 Langkah Sahaja!

Dua langkah ini adalah yang sering digunakan oleh kebanyakan orang untuk buat link WhatsApp. Anda tidak perlu jadi pakar IT pun.

  1. Salin semula url: “https://api.whatsapp.com/send?phone=” atau” https://wa.me/
  2. Masukkan nombor telefon anda dengan kod negara selepas link (tanpa simbol ‘+’, angka nol sebelum nombor kod negara atau karakter-karakter khas lain)

Contohnya: Sekiranya nombor telefon anda +60123456789, pautan sembang WhatsApp anda akan kelihatan seperti ini:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789

atau

https://wa.me/60123456789.

  1. Salin semula url: “https://api.whatsapp.com/send?phone=” atau” https://wa.me/
  2. Masukkan nombor telefon dengan kod negara dan teks. Pastikan nombor yang dimasukkan tanpa simbol ‘+’, angka nol atau karakter khas lain.
  3. Apabila menambahkan satu ayat, link mudah diikuti dengan ‘&text =’ dan teks yang diinginkan akan diikuti oleh ‘%20.

Contohnya: Anda mahu menghantar “Hai Tuan”. Link WhatsApp anda akan kelihatan seperti ini:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=Hai%20Tuan%20!

atau

https://wa.me/60123456789&text=Hai%20Tuan%20!

Dengan meyertakan mesej spesifik anda akan terus tahu bahawa pelanggan anda telah menemui nombor WhatsApp anda melalui saluran yang telah ditetapkan. Ini membuktikan saluran pemasaran anda mungkin sedang berkesan dan membawa trafik pelanggan yang diinginkan. Dengan mesej spesifik ini secara langsung anda akan melayan pelanggan dengan lebih segera berbanding jika mendapat mesej kosong yang tidak diketahui. Contohnya:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=Hai%20Tuan%20! Saya%20berminat%20dengan%20produk%20A.

Apabila pelanggan menekan butang atau pautan click-to-chat anda akan terus menerima mesej ‘Hai Tuan! Saya berminat dengan produk A‘. Jadi anda boleh terus berikan informasi mengenai produk A kepadanya.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, aplikasi WhatsApp telah mengemaskini aplikasinya untuk memudahkan kegunaan harian para pengguna. Teknik click-to-chat amat bagus dan berkesan untuk digunakan dalam operasi bisnes seharian. Selamat mencuba!

Rujukan

Imej oleh antonbe daripada Pixabay

Kiriman Serupa