Macam Mana Nak Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak
Nama Tabung Haji pasti tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Bahkan yang bukan muslim pun tahu apa itu Tabung Haji. Untuk menunaikan haji, kita mestilah berdaftar dengan pihak Tabung Haji.
Mungkin anda telah mendaftar dengan Tabung Haji tidak lama dahulu tidak kiralah anda daftar sendiri ataupun ibu bapa anda yang daftarkan mungkin anda tidak sedar sebab sudah lama. Sekarang anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya macam mana nak buka akaun tabung haji untuk anak bukan?
Sebenarnya, urusannya sangatlah mudah sangat. Dalam entri kali ini, kami akan tunjukkan kepada anda macam mana nak buka akaun tabung haji untuk anak.
Baca juga: Macam Mana Nak Buka Akaun Tabung Haji Secara Online
Untuk buka akaun Tabung Haji untuk anak, anda boleh ikuti langkah yang sangat mudah berikut.
Log Masuk atau Daftar Akaun di Aplikasi THiJARI

Jika anda belum mempunyai akaun aplikasi THiJARI, boleh lawati laman sesawang THiJARI di https://www.thijari.com.my/ dan klik pada butang Daftar. Semasa mendaftar, masukkan segala maklumat yang diperlukan dan ikut arahan yang tertera di muka skrin.
Jika anda sudah mempunyai akaun THiJARI, sila log masuk.
Pilih Pembukaan Akaun Kanak-Kanak

Setelah anda log masuk, pada menu sebelah kiri pilih tajuk Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan isikan segala butiran yang diminta daripada borang tersebut dan klik Berikutnya.
Lengkapkan borang di muka seterusnya pula iaitu dari Bahagian A hinga H. Setelah anda klik butang Sah pada akhir borang tersebut, jangan lupa untuk klik butang Muat Turun salinan borang tersebut untuk rujukan anda pada masa akan datang nanti.
Hadir ke Mana-Mana Cawangan Tabung Haji Terdekat Untuk Melengkapkan Pendaftaran
Setelah selesai, anda bolehlah hadir ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang terdekat dalam masa 30 hari dari tarikh pendaftaran secara online tersebut.
Dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
- Mykid/Mykad Anak
- Surat Beranak Anak
- Mykad Penjaga Yang Didaftarkan
- Jika berkaitan, Sijil Anak Angkat / Dokumen Pengangkatan
- Simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM 2.00
Linkkan Akaun Tabung Haji Anak ke Maybank2u
Anda boleh hubungkan akaun Tabung Haji anak ke Maybank2u anda dengan syarat akaun Tabung Haji anda sendiri telah dihubungkan ke Maybank2u. Untuk hubungkan akaun Tabung Haji anak ke Maybank2u anda, boleh ikuti langkah yang mudah berikut:
- Pergi ke mana-mana ATM Maybank dengan membawa kad ATM Maybank anda.
- Pilih menu “Tabung Haji”.
- Pilih menu “Daftar Akaun Kanak-Kanak TH ke ATM Kad”.
- Masukkan nombor kad pengenalan anak.
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji Anak.
- Sahkan maklumat yang tertera di skrin.
Seterusnya, untuk sahkan bahawa akaun Tabung Haji anak telah dihubungkan ke Maybank2u anda, boleh log masuk ke Maybank2u dan buka bahagian ‘Wealth‘ dan pilih Tabung Haji. Di situ anda boleh lihat jika akaun anak telah masuk atau pun belum.
Kesimpulan
Membuka akaun Tabung Haji untuk anak adalah mudah. Amatlah bagus jika anda dapat daftarkan akaun Tabung Haji anak dengan secepat mungkin semoga apabila sampai giliran mereka untuk tunaikan haji nanti mereka masih muda dan gagah.
Kami doakan semoga urusan anda dipermudahkan !
Rujukan
HAJI, T. (2023, February 19). Majlis Penutup Bagi Kursus Asas Haji (KAH) 1444H/2023M | Tabung Haji. www.tabunghaji.gov.my. https://www.tabunghaji.gov.my/en/media/image-gallery/majlis-penutup-bagi-kursus-asas-haji-kah-1444h2023m