Macam Mana Nak Cegah Penyakit Kencing Manis Dengan Mudah

Gula adalah salah satu bahan makanan yang menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa terdapat banyak gula dalam pelbagai makanan dan minuman yang sering kita nikmati setiap hari.

Kandungan gula yang terlalu banyak di dalam darah seseorang boleh menyebabkan peningkatan berat badan, risiko penyakit jantung, diabetes dan pelbagai lagi masalah kesihatan lain.

Amaran

Artikel ini tidak disemak oleh mana-mana pengamal perubatan bertauliah. Segala masalah kesihatan haruslah dirujuk kepada pakar perubatan dengan segera supaya anda mendapat rawatan yang betul dan berkesan.

Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan pengambilan gula dalam badan untuk kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Berikut kami kongsikan 10 cara mudah yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian anda untuk kurangkan gula dan cegah penyakit kencing manis.

Kurangkan Minuman Dalam Tin Yang Manis

Minuman seperti minuman berkarbonat (soda) dan minuman manis lain mengandungi jumlah gula yang tinggi. Contohnya satu tin air bergas 350ml mengandungi sekitar 39 gram gula.

Oleh itu, satu tin air bergas yang manis sudah melebihi kadar pengambilan gula yang disarankan oleh American Heart Association iaitu hanya 35 gram sehari bagi orang dewasa. Apatah lagi jumlah gula tersebut ditambah dengan makanan dan minuman yang lain.

Gantikan minuman ini dengan air kosong, teh herba atau teh hijau tanpa gula tambahan.

Anda juga boleh mencuba dengan menambah buah segar yang dicincang atau daun pudina untuk memberi sedikit rasa tanpa menambah gula.

Berhenti Menggunakan Gula Tambahan

Imej oleh Myriams-Fotos daripada Pixabay

Elakkan menambah gula tambahan pada minuman atau makanan. Ini termasuk mengurangkan gula dalam teh atau kopi anda, serta mengelakkan gula tambahan semasa sarapan pagi, seperti menambahkan ke dalam bijirin atau yogurt.

Jika anda memerlukan manisan, cuba gunakan pengganti gula seperti stevia atau erythritol yang lebih rendah kalori.

Ketidakseimbangan gula dalam darah adalah punca anda berasa ketagihan benda-benda manis. Apabila anda makan benda-benda manis, badan akan mengeluarkan insulin untuk menurunkan paras gula darah ke paras yang selamat selepas mengambil gula.

Jika insulin tersebut melebihi kadar gula, badan akan memberi signal untuk anda makan makanan yang akan meningkatkan paras gula darah, supaya kadar insulin tadi dapat diturunkan semula.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kadar insulin akan sentiasa berada pada kadar yang lebih tinggi. Ia adalah sebuah kitaran yang bahaya dan sebab itulah anda kena mulakan perjalan ‘potong‘ gula dengan secepat yang mungkin.

Pilih Produk Rendah Gula atau Tanpa Gula

Apabila membeli makanan dan minuman yang diproses, anda perlu sentiasa semak label pemakanan. Pilih produk yang mengandungi kandungan gula rendah atau tiada gula tambahan.

Tambahan pula, perhatikan juga istilah alternatif untuk gula seperti sirap jagung fruktosa tinggi, glukosa atau laktosa.

Berikut adalah antara nama lain bagi gula yang sering digunakan dalam produk makanan. Jika ia ada dalam kandungan makanan tersebut maka berhati-hatilah.

  1. Dextrose
  2. Fructose
  3. Galactose
  4. Glucose
  5. Lactose
  6. Maltose
  7. Sucrose
  8. Beet sugar
  9. Brown sugar
  10. Cane juice crystals
  11. Cane sugar
  12. Castor sugar
  13. Coconut sugar
  14. Confectioner’s sugar (aka, powdered sugar)
  15. Corn syrup solids
  16. Crystalline fructose
  17. Date sugar
  18. Demerara sugar
  19. Dextrin
  20. Diastatic malt
  21. Ethyl maltol
  22. Florida crystals
  23. Golden sugar
  24. Glucose syrup solids
  25. Grape sugar
  26. Icing sugar
  27. Maltodextrin
  28. Muscovado sugar
  29. Panela sugar
  30. Raw sugar
  31. Sugar (granulated or table)
  32. Sucanat
  33. Turbinado sugar
  34. Yellow sugar
  35. Agave Nectar/Syrup
  36. Barley malt
  37. Blackstrap molasses
  38. Brown rice syrup
  39. Buttered sugar/buttercream
  40. Caramel
  41. Carob syrup
  42. Corn syrup
  43. Evaporated cane juice
  44. Fruit juice
  45. Fruit juice concentrate
  46. Golden syrup
  47. High-Fructose Corn Syrup (HFCS)
  48. Honey
  49. Invert sugar
  50. Malt syrup
  51. Maple syrup
  52. Molasses
  53. Rice syrup
  54. Refiner’s syrup
  55. Sorghum syrup
  56. Treacle

Makan Buah Untuk Atasi Rasa Ketagihan Gula

Imej oleh ❄️♡💛♡❄️ Julita ❄️♡💛♡❄️ daripada Pixabay

Jika anda mahu makan sesuatu yang manis, pilih buah-buahan segar sebagai pilihan. Mangga, pisang, anggur, atau beri yang masak boleh memberikan rasa manis semulajadi dan mengandungi serat dan nutrien yang baik untuk badan.

Walaupun anda sedang berpantang makanan manis, namun gula masih diperlukan oleh badan. Jangan potong pengambilan gula secara mendadak tapi sebaliknya gantikan dengan buah-buahan yang manis.

Elakkan jus buah yang diproses kerana ia biasanya mengandungi gula tambahan tanpa serat asli.

Elakkan Makan Makanan yang Diproses

Makanan yang diproses seperti kek, biskut, pastri dan makanan segera cenderung untuk mengandungi gula tambahan yang tinggi.

Anda perlu beri keutamaan kepada makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging tanpa pengawet, ikan dan bijirin penuh.

Selain mengurangkan gula, ini juga akan memberikan lebih banyak manfaat kesihatan secara keseluruhan.

Makan Makanan Yang Tinggi Protein

Makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur dan kacang boleh membantu mengawal selera makan.

Ia mengandungi protein yang mencukupi untuk membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan kurang mengidam untuk makan makanan manis.

Kurangkan Gula dalam Masakan Anda Secara Berperingkat

Jika anda suka memasak dan makan, kurangkan jumlah gula dalam resipi masakan anda secara beransur-ansur. Jangan terlalu drastik nanti tentu akan rasa tidak sedap dan akhirnya anda akan berputus asa terus untuk kurangkan gula.

Mulakan dengan mengurangkan sedikit gula setiap kali anda memasak atau membakar, dan anda akan terbiasa dengan rasa yang kurang manis dari semasa ke semasa.

Kurangkan Gula Dengan Makan Makanan Seimbang

Barangkali ini adalah langkah yang paling penting. Ya, memilih makanan yang seimbang adalah satu rutin yang penting untuk diamalkan dalam kehidupan kita.

Pastikan makanan anda seimbang dengan mengandungi protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat, serta vitamin dan mineral.

Pemakanan yang seimbang membantu mengawal paras gula dalam darah dan membekalkan tenaga berpanjangan, mengelakkan kenaikan gula secara tiba-tiba yang sering diikuti dengan keletihan dan keinginan untuk makan makanan yang manis.

Pilih Makanan Kaya dengan Serat

Serat membantu mengurangkan penyerapan gula dan mengawal paras gula dalam darah. Makanan berserat tinggi termasuk bijirin penuh, sayur-sayuran hijau, kekacang, dan buah-buahan berkulit tebal.

Makanan ini membantu mengawal selera makan dan mengekang keinginan untuk manisan.

Semak Semula Saiz Hidangan Harian Anda

Kesedaran tentang saiz hidangan adalah sangat penting. Elakkan makan terlalu banyak dan berhati-hati dengan saiz hidangan terutamanya bahagian gula dan karbohidrat untuk mengurangkan pengambilan gula keseluruhan anda.

Jika anda betul-betul komited untuk mengurangkan gula dalam badan, anda boleh lakukan pengiraan kalori bagi setiap hidangan yang diambil. Set nilai kalori maksimum yang perlu anda ambil pada setiap hari.

Anda boleh gunakan kalkulator kalori berikut untuk kira kalori yang anda sebenarnya perlukan setiap hari.

Kesimpulan

Untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan memerlukan kesabaran dan ketabahan. Apa yang penting anda kena mulakan dengan langkah-langkah simple dan mudah dahulu.

Lepas anda sudah dapat momentum, boleh teruskan lagi kurangkan pengambilan gula anda secara berperingkat. Percayalah, dengan usaha yang berterusan, anda akan mengalami perubahan positif dalam kesihatan dan kehidupan seharian.

Bak kata orang pepatah, ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit‘ maksudnya, hari-hari anda buang gula sedikit demi sedikit dah lama nanti banyaklah gula yang dah tak diperlukan badan anda.

Kami doakan semoga usaha anda untuk sihat dipermudahkan dan tercapai. Selamat mencuba!

Rujukan & Kredit

Imej oleh ❄️♡💛♡❄️ Julita ❄️♡💛♡❄️ daripada Pixabay

Kiriman Serupa