Macam Mana Nak Fasih Bercakap Bahasa Inggeris

Terdapat empat kemahiran linguistik yang anda gunakan semasa belajar bahasa inggeris: membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Daripada empat kemahiran, kemahiran bercakap merupakan kemahiran yang paling sukar dicapai oleh pelajar

Berkomunikasi dalam bahasa asing boleh menjadi sangat tertekan jika anda tidak memahami, atau mendapati diri anda hilang untuk berkata-kata. Namun begitu, komunikasi yang berjaya adalah salah satu bahagian yang paling bermanfaat dalam mempelajari bahasa inggeris supaya bagaimana anda dapat memudahkannya.

Dalam entri kali ini kami akan kongsi dengan anda 6 cara mudah macam mana nak fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Jangan Takut Atau Malu Untuk Membuat Kesilapan

Membuat silap itu biasa dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Begitu juga dalam pelajaran linguistik. Matlamatnya adalah untuk menyampaikan mesej, tidak bercakap bahasa Inggeris yang sempurna, dengan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sempurna dan tepat.

Asalkan pendengar boleh tangkap dan faham apa yang ingin disampaikan oleh anda itu tentunya sudah baik. Pada zaman ini, Bahasa Inggeris adalah suatu bahasa pengantar terbesar dunia dengan sekurang-kurang 1.35 billion orang yang boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Yang pastinya bukan semuanya bercakap dalam bahasa Inggeris yang sempurna.

Anda boleh lihat bagaimana orang-orang yang penting dan popular pun bercakap dalam bahasa Inggeris yang kurang tepat dan banyak kekurangan.

Sumber: Youtube

Berlatih Dan Kerap Membuat Latihan

Sentiasa cari peluang untuk menguji kebolehan bahasa Inggeris anda. Setiap hari anda boleh bertutur menggunakan bahasa inggeris bersama-sama rakan kelas supaya anda dapat membina keyakinan diri dalam komunikasi.

Boleh guna pelbagai platform untuk cari rakan dari serata dunia… dan boleh mula bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jika anda tiada rakan atau pasangan untuk berlatih kebolehan bahasa Inggeris anda, jangan risau. Sekarang kan zaman teknologi. Banyak platform dalam talian yang membolehkan anda membuat panggilan video kepada orang yang tidak dikenali dari serata dunia. Contohnya laman web shagle.com yang menawarkan servis untuk anda membuat panggilan video ke orang tidak dikenali. Dengan ini, anda boleh berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris dengan orang-orang dari serata dunia.

Dengar, Analisa dan Cuba Praktikkan

Lebih banyak yang anda dengar, semakin mudah anda bertutur bahasa Inggeris. Anda akan mula bercakap dengan lebih lancar dan yakin dalam Bahasa Inggeris. Cuba belajar bagaimana untuk memberikan pendapat anda dalam bahasa Inggeris dengan ungkapan dan peribahasa/kata perumpamaan baru.

Tonton filem kegemaran berbahasa Inggeris dengan kerap dan cuba lakonkan kembali apa yang dituturkan oleh watak kegemaran anda!

Banyak sumber yang boleh anda gunakan seperti filem, klip temuramah, kartun, lagu dan sebagainya. Mungkin kekangan anda adalah masa terluang. Anda mungkin boleh dengar radio berbahasa Inggeris semasa di pejabat atau semasa memandu.

Cuba padamkan sari kata abila menonton filem berbahasa Inggeris dan buka Caption untuk mudahkan anda menangkap perkataan-perkataan yang digunakan. Namun anda harus hati-hati dengan Auto Caption kerana ia mungkin memaparkan caption yang salah.

Anda boleh ambil motivasi daripada kanak-kanak kerana mereka sangat cepat belajar. Kanak-kanak akan cepat menghafal frasa-frasa daripada rancangan televisyen yang sering ditontonnya.

Sebab itu, ada kanak-kanak yang tiba-tiba sahaja mampu bertutur dalam bahasa Inggeris hasil daripada pendedahan kepada rancangan kanak-kanak berbahasa Inggeris walaupun tidak diajar oleh ibu bapa secara rasmi.

Raikan Kejayaan Apabila Telah Bercakap Dalam Bahasa Inggeris

Setiap kali anda bercakap dengan seseorang dalam bahasa Inggeris adalah pencapaian. Setiap interaksi yang anda telah lakukan, tidak kira berapa kecil, akan membantu anda meningkatkan kemahiran anda dari masa ke masa. Banggalah dengan kemajuan anda.

Ia amat penting untuk terus memberi dorongan kepada anda supaya mengekalkan momentum yang baik tersebut. Tapi janganlah raikan dengan terlebih-lebih pula takut anda cepat berasa selesa. Apa yang penting anda perlu konsisten dan istiqomah dengan usaha tersebut.

Fikirkan Dalam Bahasa Inggeris

Ya, fikir dalam bahasa Inggeris! Cabar diri anda untuk membaiki komunikasi bahasa Inggeris yang lebih baik dengan berfikir dalam bahasa Inggeris. Anda akan merasa sukar pada mulanya, tetapi selepas beberapa waktu anda akan belajar bagaimana untuk beralih antara berbahasa Inggeris dan bahasa ibunda anda.

Ada orang mampu mendapat mimpi dalam bahasa Inggeris apabila berfikir dalam bahasa tersebut!

Apabila anda berfikir dalam bahasa Inggeris, otot-otot lidah dan mulut anda secara automatik akan menangkap signal tersebut dan akan cuba mengungkapkannya. Cumanya andalah yang menahan diri dari mengeluarkan suara. Berfikir dalam bahasa Inggeris adalah umpama berbisik kepada diri sendiri dalam bahasa tersebut.

Semasa berfikir anda akan tertanya-tanya perkataan dan vocabulary yang betul untuk membentuk sesebuah frasa atau ayat yang sedang difikirkan.

Bercakap Dengan Diri Sendiri

Ia akan kelihatan lucu, tetapi dengan bercakap dengan diri sendiri dalam bahasa Inggeris di hadapan cermin setiap hari, anda akan belajar mengucapkan setiap huruf dalam abjad Inggeris, ditambah bila dan bagaimana menggunakan ungkapan yang berbeza. Anda juga akan belajar di mana anda membuat sebahagian besar kesilapan.

Lebih baik, cuba pilih idola penutur bahasa Inggeris anda dan cuba lakonkan atau ajuk cara percakapannya. Ini pasti lebih baik kerana dia adalah seorang role model yang anda minati.

Kesimpulan

Kemahiran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris mempunyai pelbagai faedah terutamanya dalam sektor profesional. Mereka yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris akan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik kerana pada hari ini majikan lebih mengutamakan calon dengan kebolehan bahasa Inggeris yang baik.

Tidak kiralah siapa anda, berapa pun umur anda, latar belakang keluarga masih tidak terlambat untuk anda belajar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Bak kata orang putih, better late than never!

Kami doakan semoga urusan anda dipermudahkan !

Rujukan

Imej oleh jamesoladujoye daripada Pixabay

Kiriman Serupa