Macam Mana Nak Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah dan Berkesan

Kelemumur adalah masalah yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala berminyak dan sering mengelupas. Terdapat banyak cara yang mudah dan berkesan untuk macam mana nak hilangkan kelemumur dengan mudah dan berkesan.

Dalam pada itu, antara faktor yang menyebabkan kelemumur:

Amaran

Artikel ini tidak disemak oleh mana-mana pengamal perubatan. Jika anda mengalami masalah kelemumur teruk yang berpanjangan sila jalankan pemeriksaan kesihatan dengan segera!

Terdapat banyak produk sama ada semulajadi ataupun ubat over-the-counter (OTC) yang boleh merawat untuk menghilangkan kelemumur seperti syampu. Namun, sebenarnya terdapat juga bahan-bahan semula jadi yang lebih selamat digunakan untuk menyelesaikan masalah kelemumur anda.

Mari kami kongsikan dengan anda bahan-bahan yang mudah didapati di rumah untuk menambah baik masalah kelemumur anda!

Hilangkan Kelemumur Dengan Minyak Tea Tree

legakan batuk dengan madu
Imej oleh mohamed_hassan daripada Pixabay

Minyak pokok teh (tea tree) ialah minyak pati yang berasal dari tumbuhan Melaleuca alternifolia. Minyak tea tree banyak digunakan untuk merawat penyakit seperti jerawat, kaki atlet dan dermatitis.

Minyak ini mengandungi bahan yang dipanggil terpinen-40ol dan mempunyai sifat antimikrob yang kuat. Ia boleh membantu mengurangkan kelemumur dengan menghalang pertumbuhan kulit dan bakteria pada kulit kepala.

Cara penggunaan

Sapukan minyak tea tree di bahagian kulit kepala yang menyebabkan keradangan dan ruam atau boleh tambahkan beberapa titis minyak tea tree pada syampu yang biasa anda pakai.

Hilangkan Kelemumur Dengan Gel Aloe Vera

Imej oleh Franziska Ingold daripada Pixabay

Aloe Vera adalah tumbuhan yang mengandungi kandungan bioaktif, seperti asid amino dan antioksidan, yang boleh mengurangkan kelemumur.

Kajian menunjukkan bahawa gel aloe vera boleh meningkatkan kelembapan pada kulit kepala dan mencegah pembentukan kelemumur pada kulit kepala (Sci, 2019).

Berikut adalah langkah untuk mengekstrak gel aloe vera:

  1. Sebelum mengeluarkan aloe, bersihkan tangan anda menggunakan sabun!
  2. Potong sehelai daun aloe vera secara menegak, dan anda boleh lihat gel didalamnya.
  3. Gunakan sudu untuk kaut gel tersebut dan asingkan didalam bekas lain.

Cara penggunaan

Sapukan gel aloe vera pada kulit kepala, kemudian biarkan selama 30 minit hingga 1 jam. Lalu bilas menggunakan syampu. Buat 2 hingga 3 kali seminggu.

Hilangkan Kelemumur Dengan Minyak Kelapa

legakan batuk dengan halia
Sumber gambar: Pixabay

Minyak kelapa boleh membantu mencegah kulit kering. Kulit kepala yang kering akan mempercepatkan pertumbuhan kelemumur pada kulit kepala.

Kajian daripada tabung uji mendapati bahawa ekstrak kelapa boleh merendahkan keradangan pada kulit manusia (Kim, 2017).

Cara penggunaan

Sapukan minyak kelapa pada kulit kepala, Pastikan minyak menyerap dan rata pada kulit kepala anda. Biarkan beberapa minit kemudian bilas menggunakan air bersih. Lakukan dengan kerap.

Hilangkan Kelemumur Dengan Mengambil Lebih Banyak Zink

legakan batuk dengan air garam
Sumber gambar: Pixabay

Zink ialah mineral yang menguatkan sistem imunisasi badan dan menggalakkan pertumbuhan sel. Anda boleh mendapatkan zink daripada protein haiwan, kacang dan bijiran penuh.

Kekurangan zink yang teruk akan menyebabkan keguguran pada rambut, cirit-birit, mati pucuk dan lesi kulit.

Banyak produk shampu kelemumur yang mengandungi zink pyrithione kerana ia membantu menyekat pertumbuhan kulat dan membuang sel kulit yang berlebihan dari kulit kepala.

Anda boleh dapatkan suplemen zink dari farmasi yang berdaftar atau boleh juga tingkatkan pengambilan buah dan sayuran. Tentunya sumber zink dari bahan semulajadi adalah yang terbaik.

Ubah Gaya Pemakanan Anda

legakan batuk dengan air garam
Imej oleh -Rita-👩‍🍳 und 📷 mit ❤ daripada Pixabay

Makanan boleh memberi kesan dramatik pada badan kita. Pemilihan makanan mungkin bukan punca utama untuk masalah kelemumur. Walaubagaimanapun, pemilihan pemakanan yang seimbang mampu melawan pelbagai penyakit atau keradangan rambang hasil dari tindak balas badan dengan kandungan makanan tersebut.

Biotin juga dikenali sebagai vitamin B7. Ianya memainkan peranan untuk menguatkan kesihatan rambut, kuku, dan kulit. Antara makann yang kaya biotin adalah:

  • Hati,
  • Kuning telur,
  • Kacang,
  • Ikan salmon, dan
  • Yis pemakanan

Hilangkan Kelemumur Dengan Mengurangkan Stress

Imej oleh Hasty Words daripada Pixabay

Tekanan memainkan peranan penting dalam kesihatan keseluruhan seseorang. Tekanan yang berpanjangan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, degupan jantung dan keradangan.

Walaupun tekanan mungkin tidak memberikan kesan terus kepada gangguan kulit, namun tekanan boleh menyebabkan simtom-simtom yang berkaitan dengan kelemumur menjadi semakin teruk.

Kesannya, badan kita sukar untuk melawan jangkitan bakteria tersebut.

Kesimpulan

Kelemumur boleh memberi kesan yang kurang baik kepada keyakinan diri seseorang. Selain kegatalan pada kulit kepala, ia turut memberi ketidakselesaan kepada penghidapnya.

InsyaAllah, harapnya tips-tips yang dikongsikan ini berkesan untuk menghilangkan masalah kelemumur anda dan boleh dilakukan di rumah. Namun tidak semua petua tradisi ini bersesuaian untuk semua orang kerana biologi setiap orang adalah berbeza. Selagi ia tidak memberikan mudarat, anda boleh mencubanya.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti eczema atau psoriasis, disarankan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Kami doakan semoga masalah kulit kepala anda hilang dengan cepat!

Rujukan

JiwaSihat. (2023, Mac 09). Cara Hilangkan Kelemumur Yang Mudah dan Berkesan. Diakses daripada JiwaSihat: https://jiwasihat.com/cara-hilangkan-kelemumur/

Kim, S. (2017). Enhanced barrier functions and anti-inflammatory effect of cultured coconut extract on human skin. Food and Chemical Toxicology, 367-375.

Sci, I. J. (2019, Januari). The Effect of Aloe Vera Clinical Trials on Prevention and Healing of Skin Wound: A Systematic Review. 44(1): 1–9. Diakses daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6330525/

Kiriman Serupa