Macam Mana Nak Jadi Guru Yang Berkualiti Di Sekolah

Guru yang berkualiti ialah dimana bermulanya suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan dengan berkesan sehingga seseorang guru itu mestilah memberikan suatu penekanan kepada empat perkara penting dalam pengajaran iaitu perancangan pengajaran, penyampaian, penilaian dan dorongan.

Dalam entri kali ini kami akan kongsikan 6 tips penting yang boleh mungkin boleh anda cuba untuk menjadi seorang guru yang berkesan atau berkualiti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa didalam kelas.

Guru Perlu Bentuk Keperibadian Berkualiti

Sumber gambar: Unsplash

Kualiti peribadi guru yang berkesan adalah penting dalam pembentukan seseorang murid/ pelajar. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh seorang guru bukan sahaja menyebarkan ilmu pendidikan tetapi segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh kepada murid-murid bahkan menjadi ikutan kepada murid atau pelajar yang akan melihat semua gerak geri guru tersebut.

Pelajar akan mudah ‘mengidolakan’ gurunya jika tiada contoh yang baik dalam keluarga!

Antara sifat kualiti peribadi yang perlu ada pada seorang guru antaranya ialah baik hati, sifat jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dalam menyampaikan dan membuat keputusan, sifat berkepimpinan dan mengikut nilai-nilai keguruan seperti sefat mesra, adil, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Lancarkan Proses Komunikasi Pelajar dan Guru

Menurut Abdullah dan Ainon (1999), komunikasi merupakan suautu proses guru berkongsi pengalaman dengan murid atau pelajar. Manakala menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2005) pula menyatakan bahawa komunikasi adalah perhubungan iaitu secara langsung atau tidak langsung.

Komunikasi ada 6 asas iaitu: 1) Pemberi mesej, 2) Mesej itu sendiri, 3) Cara mesej disampaikan, 4) Dekod mesej oleh penerima, 5) Penerima mesej, & 6) Tindak balas penerima

Seseorang guru mestilah sentiasa berkomunikasi dengan murid atau pelajar setiap hari sama ada secara sedar atau tidak sedar. Dengan berlakunya komunikasi 2 hala antara guru dan pelajar maka akan berlakunya suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik.

Malahan pula, guru dapat menilai sama ada pengajaran yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar atau tidak.

Sentiasa Beri Motivasi dan Yakinkan Pelajar

Sumber gambar: Unsplash

Sebagai seorang guru yang akan berhadapan dengan pelbagai latar belakang pelajar, memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid bagi melahirkan idea dalam pembelajaran mereka adalah ciri-ciri yang harus ada pada seorang guru.

Ini kerana guru adalah pemudahcara dan fasilitator dalam proses pembelajaran. Menunjukkan sifat seperti kata-kata pujian dan galakan kepada murid atau pelajar juga adalah suatu penghargaan guru kepada murid diatas usaha kerja keras yang murid lakukan.

Guru perlu kelihatan yang paling bersemangat terutamanya apabila di dalam kelasnya sendiri!

Urus Suasana Bilik Darjah Dengan Baik

Sumber gambar: Unsplash

Semasa berada didalam kelas, seorang guru mestilah pandai mengawal situasi atau keadaan semasa didalam bilik darjah terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial didalam bilik darjah adalah suatu cara yang digunakan untuk mengurus bilik darjah.

Sentiasa Tambah Ilmu Pengetahuan

Mana-mana individu yang boleh dinilai dan diberi gelaran sebagai guru mestilah memiliki pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam agar boleh meyakinkan diri sendiri dan juga murid-murid.

Guru umpama lilin yang menerangi dalam kegelapan!

Peka Dengan Penyampaian Sendiri Di Dalam Kelas

Profesion guru dianggap sebagai golongan profesional yang mana dituntut melaksanakan tugas secara profesional dengan penguasaan dan kemampuan yang sesuai dengan tahap dan kedudukan sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru juga hendaklah peka dengan berbagai-bagai kaedah pengajaran dan pembelajaran terutamanya kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai teknik dan cara lagi untuk jadi guru cemerlang yang sentiasa memberikan kefahaman yang baik kepada pelajar. Sebenarnya, jika guru ikhlas dan komited terhadap tugas pengajaran pasti pelajar akan mudah memahami apa yang diajarkan.

Sebaliknya, jika guru hanya sambil lewa dalam melakukan tugasan sekadar ingin makan gaji sahaja maka profesion sebagai pendidik seseorang itu mungkin tidak akan pergi jauh. Para pelajar juga akan sentiasa mengingati beliau sebagai seorang pendidik yang teruk.

Semoga berjaya menjadi guru yang cemerlang !

Rujukan

Noriati et al. (2010), Guru dan cabaran semasa, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Imej oleh Masjid MABA, Christina @ wocintechchat.com, Taylor Flowe, Clark Tibbs daripada Unsplash

Kiriman Serupa