Macam Mana Nak Jadi Influencer Yang Berjaya Dengan 8 Langkah Mudah
Dalam era digital hari ini, dunia media sosial telah membuka peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun sejak kebelakangan ini, ia telah memberi peluang yang besar kepada individu untuk mencipta nama sebagai influencer atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai pemengaruh.
Namun begitu, influencer yang lebih sinonim dikenali sebagai personaliti dalam talian yang berkarisma ini boleh memberi kesan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang, memacu trend dan membentuk pendapat umum.
Berapa banyak wang yang influencer ini boleh buat? Jangan tak percaya, gaji seorang influencer yang berjaya atau betul-betul terkenal boleh mencecah puluhan ribuan ringgit sebulan!
Bagaimanapun, mencapai kemasyhuran dan pengaruh dalam dunia media sosial yang kompetitif bukanlah sesuatu yang mudah.
Dalam entri kali ini, kami akan kongsi 8 langkah-langkah mudah untuk membantu anda menjadi seorang influencer terkenal dan mendapat pengikut yang ramai pada suatu hari nanti.
Cari Kebolehan Anda Sebagai Seorang Influencer
Pertamanya, asas yang penting untuk menjadi influencer yang berjaya terletak pada semangat yang berterusan. Anda kena kenal pasti minat dan bakat anda dan selaraskannya dengan sasaran yang anda ingin fokuskan.
Tidak kiralah anda ingin jadi influencer dalam apa genre sekalipun sama ada fesyen, kecergasan, teknologi atau mana-mana bidang lain. Percayalah anda mesti sekurang-kurangnya satu atau dua kebolehan yang unik yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Ingat! Ada orang buat kandungan makan dan tidur pun boleh dapat pengikut yang ramai. Inikan anda yang istimewa.
Apabila anda telah kenalpasti kebolehan ataupun bakat unik anda, cuba gilap lagi dan tambahkan pengetahuan mengenai perkara tersebut supaya anda lebih di depan berbanding pesaing lain.
Jika anda tidak tahu di mana hendak mula, rujuk kepada influencer yang sedia ada yang boleh memberikan inspirasi kepada anda. Cuba ikut untuk jadi macam dia dan berikan sedikit kelainan dalam kandungan anda dengan identiti tersendiri.
Mempunyai semangat yang padu dan berterusan akan memudahkan proses mencipta kandungan dan menjadikan anda lebih menonjol daripada influencer yang lain yang membawa genre yang sama.
Tentukan Jenama atau Brand Influencer Anda
Setelah anda menemui minat dan sasaran anda, tiba masanya untuk mencipta jenama atau brand peribadi yang lebih kukuh.
Jenama atau brand dapat membezakan anda daripada influencer yang lain. Bina personaliti, suara dan identiti visual yang unik yang sejajar dengan pengikut sasaran anda.
Sekali dengar dah kenal, ini mesti content ‘mamat ni‘! Best la. ~ apabila anda sudah popular inilah reaksi pengikut anda.
Kalau boleh, cuba reka satu tagline atau trademark yang membolehkan pengikut anda boleh terus kenal anda apabila dengar atau tonton kandungan anda. Antara elemen yang penting dalam jenama adalah seperti logo, warna, intonasi suara, kesan khas kandungan, kualiti kandungan dan sebagainya.
Konsisten adalah kunci utama – jenama anda harus ditunjukkan dalam semua yang anda siarkan, daripada tajuk dan penerangan serta jangan dilupa jenama anda harus digunakan merentasi semua platform sosial media yang anda lancarkan.
Influencer Perlu Pilih Platform yang Tepat

Bukan semua platform media sosial adalah sama, dan masing-masing mempunyai kekuatan dan demografi pengikut yang tersendiri. Selidik dan pilih platform yang paling sesuai dengan content dan pengikut sasaran anda.
Instagram, YouTube, TikTok dan Twitter ialah beberapa platform popular yang boleh membantu anda berinteraksi dengan pengikut yang berbeza. Menguasai satu platform terlebih dahulu sebelum berkembang kepada platform yang lain adalah pendekatan yang bijak.
Instagram ialah platform perkongsian foto dan video, menjadikannya ideal untuk pencipta kandungan visual.
Influencer yang boleh mempamerkan kreativiti mereka melalui imej yang menarik dan kapsyen ringkas sering mendapat sambutan yang memberangsangkandi Instagram.
Youtube
Siapa tidak tahu platform YouTube. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun barangkali sudah biasa dengan YouTube. Ia adalah platform tertumpu kepada video di mana pencipta boleh menghasilkan kandungan yang lebih panjang dan lebih mendalam.
Anda sendiri tahu YouTube mempunyai pelbagai genre video daripada vlog, tutorial dan permainan kepada kandungan pendidikan, ulasan produk dan hiburan.
YouTube adalah bagus untuk influencer yang boleh melibatkan penonton mereka melalui penceritaan dan video yang menarik.
Tentunya ia memerlukan sedikit-sebanyak kemahiran merekod dan menggubah video yang asas seperti memotong durasi, menyambungkan video dan mengeksport keluar dalam kualiti yang tinggi.
TikTok
TikTok terkenal dengan format video bentuk pendeknya, antara 15 saat hingga satu minit. Ia amat popular dalam golongan pengguna yang lebih muda dan telah mendapat momentum merentas pelbagai bidang, termasuk tarian, komedi, cabaran dan penyegerakan bibir.
TikTok sesuai untuk influencer yang boleh menarik perhatian dengan cepat dan menyampaikan kandungan secara ringkas dan menghiburkan.
Bahkan jangan tidak tahu, ada parti politik turut menggunakan TikTok sebagai pentas berkempen dan ia terbukti memberi kesan positif kepada mereka dalam pilihan raya.
Jika sasaran pengikut anda adalah dari kalangan orang muda, ia mungkin platform yang sesuai untuk anda mulakan.
Antara kelebihan TikTok adalah video yang anda hasilkan tidak perlu berkualiti tinggi. Cukup dari kamera telefon sahaja. Ia mudah untuk dimulakan.
Twitter ialah platform microblogging di mana pengguna berkongsi mesej berasaskan teks pendek yang dikenali sebagai tweet.
Ia amat sesuai untuk pempengaruh yang boleh menyampaikan mesej atau content yang pantas dan jenaka, mengambil bahagian dalam perbualan sohor kini dan berkongsi berita atau maklumat.
Twitter boleh menjadi sangat berharga untuk influencer dalam bidang kewartawanan, politik, teknologi, alam sekitar, kemanusian, perhubungan dan hiburan. Ia juga dilihat sedikit profesional dan matang.
Influencer Perlu Cipta Content Berkualiti Tinggi
Content yang berkualiti adalah aspek penting untuk menjadi influencer yang berjaya. Anda kenalah luangkan lebih masa dan usaha untuk menghasilkan content yang menarik, bermaklumat dan menarik secara visual.
Content yang berkualiti rendah berisiko untuk mendapat reaksi negatif daripada pengikut dan berpotensi menolak pengikut baru.
Pastikan anda sentiasa peka dengan trend terkini dan piawaian industri. Gunakan gabungan gambar, video dan cerita untuk memastikan pengikut anda sentiasa tertarik.
Influencer Perlu Hasilkan Content Secara Berterusan dan Teratur
Konsistensi adalah penting untuk membina dan mengekalkan pengikut anda. Rancang jalan cerita atau storyline content anda sebaiknya. Anda kena bagi tahu kepada pengikut yang anda akan buat posting pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Ini amat penting supaya pengikut tidak terlepas kepada episod kandungan anda yang baru dikirim ke platform tersebut.
Siarkan content secara kerap bagi memastikan pengikut anda tertarik dan berminat dengan apa yang anda sampaikan. Selain itu, peka dengan pengikut anda dengan membalas komen dan mesej.
Kadang-kadang, anda mungkin juga terlepas dari membuat kandungan pada waktu yang telah dijanjikan disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan. Minta maaf terhadap kesilapan tersebut.
Untuk mengelakkan ia berlaku, anda boleh juga gunakan fungsi ‘Schedule Post‘ atau ‘Auto Post‘ yang ditawarkan oleh platform tersebut. Ini bermakna anda kena siapkan kandungan lebih awal.
Cuba Bekerjasama (Collab) dan Cipta Kenalan Dengan Influencer Lain
Kerjasama dengan influencer dan jenama lain berpotensi untuk menonjolkan diri dan kredibiliti anda dengan lebih cepat lagi. Dengan kolaborasi tersebut, anda sebenarnya sedang mengumpulkan dua fanbases pada satu-satu masa.
Bekerjasama dengan influencer atau jenama lain yang sama aliran dengan anda untuk mencipta content yang lebih menarik disamping dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Akan ada pengikut influencer tersebut akan jadi pengikut baru anda dan begitulah juga seterusnya bagi dia. Apa yang penting, pengikut korang dah semakin ramai. Ia bukan lagi isu curi peminat ke apa ke.
Cipta kenalan dalam industri ini akan membuka peluang baharu dan membantu anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
Fahami Pengikut Anda
Kenali pengikut anda adalah penting untuk mencipta content yang sesuai dengan mereka. Gunakan alat analitcs yang disediakan oleh platform media sosial untuk mendapatkan maklumat tentang demografi, pilihan dan minat pengikut anda.
Sesuaikan content anda dengan mereka untuk mendapatkan lebih ramai pengikut di setiap media sosial.
Dengan memahami peminat anda, masa boleh dijimatkan dengan penghasilan kandungan yang betul-betul memberi impak sahaja.
Libatkan Diri Dengan Pengikut Anda
Mempunyai pengikut setia bukan sekadar dengan hanya mencipta sesebuah content semata-mata, ia juga mengenai interaksi. Ambil masa untuk baca dan balas komen, tanya soalan dan wujudkan rasa dekat antara anda dan pengikut anda.
Ini amat penting supaya pengikut anda rasa yang anda bukan seorang influencer yang sombong dan berlagak. Pengikut sukakan influencer yang mempunyai budi pekerti yang elok dan baik. Ia lebih diingati berbanding influencer yang berkarakter kurang disenangi.
Kesimpulan
Menjadi influencer terkenal memerlukan dedikasi, semangat dan kerja keras. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menyiapkan diri dan bersedia untuk menjadi seorang influencer yang berjaya di dalam dunia media sosial.
Ingat, ia bukan hanya tentang terkenal; ia mengenai memberi kesan positif, inspirasi dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada pengikut anda. Kekal setia kepada jenama atau brand anda, berkerjasama dengan influencer lain dan berinteraksi dengan pengikut anda.
Semoga berjaya dalam perjalanan menjadi seorang influencer!
Rujukan & Kredit
Imej oleh PNW Production