Macam Mana Nak Kekal Hidrat Ketika Berpuasa

Air merupakan satu keperluan dalam kehidupan, ia merangkumi 60-70% keseluruhan badan anda. Anda boleh bertahan tanpa makanan selama berminggu-minggu tetapi dengan ketiadaan air dalam badan akan memudaratkan diri anda.

Ketika sedang bepuasa, tidak kiralah puasa sunat atau wajib anda pasti tertanya-tanya macam mana nak kekal hidrat sepanjang hari.

Ketika berpuasa sudah menjadi kebiasaan kita akan merasa dahaga, terutama ketika cuaca panas. Dahaga adalah tanda dehidrasi yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, sembelit, pening, keletihan dan kulit kering.

Amaran

Artikel ini tidak disemak oleh mana-mana pengamal perubatan. Jika anda kerap mengalami simptom kurang air walaupun telah mengambil air dalam kuantiti yang disarankan, sila dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera!

Dalam situasi dehidrasi yang kronik, terdapat risiko untuk mendapat komplikasi serius seperti masalah buah pinggang dan sawan. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menghindari rasa dahaga sepanjang berpuasa?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsi dengan anda 5 langkah mudah untuk kekal hidrasi ketika berpuasa.

Kekal Hidrat Dengan Minum Air Kosong Secukupnya Ketika Sahur

Sudah menjadi kebiasaan ramai dalam kalangan kita di Malaysia kurang minum air kosong ketika sahur kerana ada yang berasa loya atau tidak lalu untuk minum air secara banyak pada awal-awal pagi. Lalu, mereka mengutamakan makanan berat daripada minum air.

Sewaktu sahur, disarankan untuk kita minum air kosong dengan banyak agar badan boleh kekal hidrasi sehinggalah masuk waktu berbuka nanti.

Kekal Hidrat Dengan Perbanyakkan Makan Buah-Buahan

Secara amnya, buah sememangnya mengandungi kuantiti air yang banyak. Lihat sahaja bagaimana sistem air perlu dibangunkan dan diselenggara bagi menyiram tanaman-tanaman ini. Hal ini kerana buah-buahan ini memang akan mengandung air yang sangat tinggi apabila dituai nanti.

Berikut adalah buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan sesuai dimakan ketika bersahur atau semasa berbuka untuk kekal hidrat.

  • Tembikai
  • Strawberi
  • Limau gedang
  • Betik
  • Oren
  • Nenas
  • Epal
  • Manga

Atur Jadual Bersenam

Bersenam pada bulan puasa akan menyebabkan dehidrasi dengan cepat. Tetapi, adakah kita dilarang untuk tidak bersenam pada bulan puasa? Apabila kita bersenam, ia akan mengeluarkan segala toksin dalam badan kita.

Namun begitu, jika anda bersenam terlalu awal selepas waktu sahur, ketahuilah bahawa air dalam badan akan dikeluarkan melalui peluh. Anda pun akan merasa dahaga dengan lebih cepat berbanding apabila tidak bersenam.

Jangan buat aktiviti senaman yang terlalu berat pada awal pagi.

Jadi, aturkan jadual yang baik ketika bulan puasa contohnya bersenam selepas berbuka atau selepas solat tarawih. Namun, selepas bersenam mesti mengimbangi semula air dalam badan dengan minum secukupnya.

Pemilihan Baju Yang Sesuai

Cuaca panas ketika bulan puasa menjadi cabaran untuk kita berpuasa. Pemilihan baju pada bulan puasa dari aspek warna dan fabrik boleh diambil kira untuk mengelakkan kita berasa terlalu panasa. Kita disarankan untuk memakai pakaian yang berwarna gelap pada bulan puasa untuk melindungi diri daripada cahaya matahari yang panas.

Jika di Malaysia, kita juga tidak digalakkan untuk memakai baju yang terlalu tebal dan panas untuk mengelakkan cepat berpeluh justeru kekurangan air dalam badan.

Makan Makanan Berbuka Yang Baik

Elakkan makan makanan yang tinggi gula kerana ia akan menyebabkan dehidrasi dengan cepat. Utamakan buah-buahan dalam juadah berbuka untuk membekalkan lebihan air dalam badan.

Manakala ada sesetengah makanan yang akan menyebabkan anda berasa kerap ingin kencing justeru boleh menjejaskan kandungan air dalam badan bagi sesetengah orang. Anda kena kenalpasti apa jenis makanan atau minuman tersebut.

Kesimpulan

Sebagai penutup, biasakanlah diri dengan sentiasa minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Dengan tabiat ini, tubuh anda akan lebih sensitif dengan ‘rutin air’ dan akan membina disiplin yang baik. Dengan kekal hidrat, ia mampu membantu anda untuk menghindari daripada mengalami pelbagai penyakit kronik.

Dalam pada itu, jika anda seorang yang aktif bersukan, cuba biasakan diri dengan minum air kosong denga secukupnya. Dengannya, anda mampu mencegah daripada kekejangan otot dan kecederaan yang melampau.

Selamat mencuba!

Rujukan

Sri Vinarajan, 2020, 4 cara melegakan batuk, Diakses 3 Okt. 2022, https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-menghilangkan-batuk

Imej oleh Towfiqu barbhuiya daripada Unsplash

Kiriman Serupa