Macam Mana Nak Kira Body Mass Index (BMI) Dengan Betul

Pernah atau tidak anda tertanya-tanya macam mana nak kira Body Mass Index (BMI). BMI secara ringkasnya adalah petunjuk jumlah badan seseorang berdasarkan kiraan nisbah berat badan kepada ketinggian tubuh badannya.

Jika sudah mengetahui jisim tubuh badan, maka anda akan mengetahui bahawa samada dikategorikan sebagai kurus, berat badan yang ideal, berat badan berlebihan atau obesiti.

Berat badan yang berlebihan sangat berisiko terkena penyakit seperti strok, penyakit jantung dan darah tinggi. Manakala, jika badan terlalu kurus boleh terkena penyakit anemia, kemurungan, keletihan, kekurangan tenaga dan sebagainya.

Dengan mengetahui nilai sebenar jisim tubuh badan, anda akan menyedari serta berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal atau normal. Jadi, artikel ini akan kongsi 2 cara mudah macam mana nak kira Body Mass Index (BMI) dengan betul.

Formula Untuk Kira Body Mass Index (BMI)

Seseorang harus mendapatkan nilai BMI daripada berat badan dan ketinggian kemudian masukkan ia ke dalam formula di bawah. Anda boleh gunakan mana-mana kalkulator yang terdapat dengan anda untuk kira secara manual.

BMI = Berat(kg) / Tinggi(m)2

Kira BMI Secara Online

Cara yang kedua ini yang paling senang kerana kita tidak perlu untuk mengira sendiri. Hanya perlu isi berat badan (kg) dan tinggi (cm), sekaligus nilai BMI terus diperolehi.

Gunakan kalkulator BMI di bawah. Masukkan tinggi anda dalam unit meter (m). Jika tinggi anda 167 sentimeter(cm) maka dalam meter ia akan jadi 1.67m. Seterusnya masukkan berat anda dalam unit kilogram(kg). Anda akan terus dapat dimanakah BMI anda sekarang.

Sumber wiget: BMI Calculator Canada

Rujukan

Imej oleh Edar daripada Pixabay

Kiriman Serupa