Macam Mana Nak Laksanakan Problem-based Learning (PBL)

Selalunya membuat sesuatu projek dalam aspek pembelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup dan sebagainya sewaktu dizaman sekolah rendah atau menengah merupakan satu kaedah yang berbentuk pengukuhan pembelajaran yang lama.

Adakah anda pernah dengar mengenai Problem-based learning atau dalam bahasa Melayu, pembelajaran berasaskan projek?

Projek yang dilaksanakan merupakan titik permulaan dalam bidang penyelidikan tentang ‘Problem-based learning‘ yang boleh digunakan dalam bidang sains terutamanya bahagian perubatan namun ianya juga berkait dengan subjek yang banyak menggunakan cara penyelesaian sesuatu masalah.

Problem-based learning (PBL) adalah kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar sama ada menggunakan pengetahuan atau kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik (asli) yang kompleks.

Bagi anda yang bergelar pendidik, kami akan berkongsi 5 cara yang efektif macam mana nak laksanakan problem-based learning di institusi pendidikan.

Problem-Based Learning Dimulakan Dengan Pemberian Tugasan

Sumber gambar: Pixabay

Guru mengemukakan masalah atau situasi yang bermasalah kepada pelajar sama ada untuk menghasilkan sesuatu produk atau objek ataupun mencipta sesuatu yang baru secara kritis dan kreatif menggunakan idea bersama.

Analisa Masalah Yang Wujud Daripada Tugasan

Sumber gambar: Pixabay

Pelajar akan membincangkan sesuatu masalah bagi mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu projek. Selalunya pelajar akan terlibat dalam pembelajaran seperti pembelajaran kearah kendiri, membaca, membuat rujukan, berbincang, berfikir secara kritis dan kreatif.

Teroka Masalah-Masalah Yang Wujud Dari Tugasan

Sumber gambar: Pixabay

Pelajar akan menyiasat semula masalah secara berkumpulan setelah mengumpulkan maklumat melalui rujukan, bacaan dan kajian. Perbincangan secara berkumpulan dapat memastikan pelbagai idea-idea daripada pelajar bercambah secara dinamik.

Apabila setiap ahli kumpulan membincangkan sesuatu, ia dapat menajamkan lagi daya fikir dan kreativiti ahli-ahli yang lain. Setiap ahli kumpulan pasti memiliki latar pemikiran dan fokus yang berbeza justeru akan memupuk perbincangan yang kritis dan kritikal.

Membuat Perkaitan Di Antara Masalah-Masalah Yang Ditemui

Setelah selesai mengumpul maklumat dalam penerokaan masalah, pelajar akan berkumpul semula bagi membincangkan tentang masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dijalankan.

Pelajar juga akan memberikan rumusan, perbandingan dan perkaitan dengan masalah baharu yang serupa. Setelah selesai, pelajar lain yang mendengar akan memberikan atau mencadangkan jalan penyelesaian atau menceritakan pengalaman yang dilalui berkaitkan projek.

Membuat Refleksi Akhir Selepas Masalah Diselesaikan

Pelajar akan mula membuat refleksi tentang proses pembelajaran dan berbincang yang dijalankan seperi apa yang berjaya dilaksanakan? apa yang tidak berjaya dilakukan? Apa yang akan diubahsuai?

Kriteria Projek Yang Dipilih Perlu Sesuai

Berikut merupakan kriteria projek atau problem yang sesuai dirangkan bagi melaksanakan problem-based learning di institusi pendidikan.

  1. Aktiviti yang menarik dan bermanfaat.
  2. Mempunyai kemahiran untuk melakukannya.
  3. Berfokuskan kepada pembelajaran dan bukannya penaksiran.

Setiap projek yang dilaksanakan mestilah diiringi oleh guru apatah lagi subjek yang menggunakan projek berbantukan bahan kimia, alatan berkaca yang mudah pecah yang berkait dengan sains.

Setiap projek yang dijalankan oleh ahli kumpulan mestilah merujuk dan memberitahu cadangan kumpulan membuat projek berkaitan apa, menggunakan bahan apa, adakah ia berbahaya kepada pelajar ataupun tidak. Guru mestilah mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga apabila projek problem-based learning dilaksanakan.

Kesimpulan

Melaksanakan problem-based learning mungkin kedengaran sukar pada awalnya namun ia mampu dijalankan dengan seronok dan berkesan jika pendidik merancangnya dengan baik. Hasil daripada aktiviti seperti ini adalah lebih berkesan terhadap pemahaman para pelajar berbanding pembelajaran melalui teori semata-mata.

Kami harap pelajar-pelajar anda akan menyukai aktiviti problem-based learning yang anda laksanakan di dalam kelas nanti. Semoga berjaya!

Rujukan

Noriati et al., (2010), Guru dan cabaran semasa, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Imej oleh AkshayaPatra Foundation daripada Pixabay

Kiriman Serupa