Macam Mana Nak Jadi Seorang Content Creator
Apakah perkara pertama yang anda perhatikan pada iklan atau website perniagaan yang anda lihat dalam talian? Kandungan, bukan? Atau zaman sekarang orang lebih suka memanggil sebagai content. Content tersebut dicipta oleh manusia yang digelar content creator!
Jadi, apa itu content creator? Content creator ialah seseorang yang mencipta kandungan yang menarik dan memberi inspirasi untuk dipersembahkan kepada tontonan umum.
Content tersebut boleh jadi dalam bentuk pendidikan, kecantikan, sukan, kesihatan, makanan dan macam-macam tema lagi mengikut kreativiti si creator itu tadi.
Pendapatan seorang content creator juga bukan calang-calang tingginya. Bagi seseorang yang mempunyai ramai pengikut di media sosial, anggaran bayaran yang boleh dapat melebihi RM10,000 bahkan ada yang mencecah jutaan ringgit.
Berikut adalah contoh para content creator yang berjaya dan hidup mewah hanya dengan mencipta content sahaja. Pendapatan yang mereka peroleh pada tahun 2021 mengikut laporan Forbes.
- Mr. Beast ~ $USD54 juta (RM 246 juta)
- Jake Paul ~ $USD 45 juta ( RM 205 juta)
- Markiplier ~ $USD38 juta (RM 173 juta)
Jadi perlu ke belajar tinggi-tinggi kalau nak hidup senang? Ia sangat subjektif. Soalan itu anda sendirilah jawab ya.
Makanya, menjadi seorang content creator amat menarik bukan? Jom lihat macam mana anda boleh mulakan.
Content Creator Kena Kenali Pengikut Mereka

Ketahui siapa pengikut sasaran anda atau target market, sangat penting untuk menyusun strategi content dan marketing anda.
Setiap jenama memerlukan content yang relevan dan inovatif untuk menarik minat pengikut mereka. Disebabkan itu, anda perlu membuat sedikit research tentang pengikut-pengikut anda.
Dan dari situlah anda boleh mula buat content yang menarik perhatian mereka. Ini sebenarnya part yang sedikit sukar bagi setiap content creator iaitu mengumpul kumpulan pengikut yang tersendiri.
Jika content anda senang masuk dengan target market maka senanglah orang nak follow anda. Jika content anda sangat spesifik kepada suatu subjek yang terpencil sahaja mungkin sedikit sukar untuk anda dapat pengikut.
Content Creator Wajib Pilih Platform Yang Sesuai Dengan Rutin
Kebaikan penggunaan platform media sosial adalah ia sudah mempunyai pengikut pengguna yang setia. Sebagai contoh, Facebook dengan lebih daripada 2 bilion pengguna aktif.
Ia kelihatan hampir sama dengan YouTube dengan 2.6 bilion pengguna, WhatsApp dengan lebih daripada 2 bilion, dan Instagram dengan anggaran 2 bilion pengguna.
Jadi, media sosial adalah tempat yang baik untuk memulakan kegiatan content creation anda kerana sudah tentu anda sudah mempunyai pengikut yang terdiri daripada rakan-rakan, saudara-mara dan yang lainnya.
Jika kemahiran anda lebih kepada video editing maka Youtube adalah satu platform yang sesuai.
Tidak dinafikan, memang bagus untuk berada di semua platform, tetapi memilih satu atau dua platform akan membantu anda untuk menumpukan lebih usaha dan tenaga anda untuk menjadikannya sebagai tempat untuk anda test market sebelum mengembangkan ke platform yang lain.
Ingat, tidak semua platform sosial dibuat sama. Ia bukan sahaja menarik khalayak yang berbeza, tetapi beberapa platform telah dibuat untuk jenis kandungan yang tertentu. Sebagai contoh, WordPress sinonim dengan blog dan YouTube adalah kandungan video.
Jadi Content Creator Dalam Platform YouTube
YouTube sangat sesuai untuk blog video (vlogging). Content creator dapat menggunakan platform ini untuk pelbagai video seperti video panduan, product review, video unboxing, tutorial dan lain-lain.
Bukan sahaja YouTube itu serba boleh, tetapi content video juga merupakan salah satu bentuk hiburan digital yang terkemuka. Apabila orang mempunyai masa yang terhad, mereka lebih suka menonton video pendek daripada membaca artikel yang panjang.
Jadi Content Creator Dalam Platform Instagram
Apa yang lebih mudah dan cepat daripada video pendek? Gambarlah jawapannya. Gambar boleh mentafsir beribu perkataan daripada menulis seribu perkataan. Di Instagram, hanya dengan post satu gambar yang sempurna kebanyakan pengikut sudah faham apa yang anda mahu sampaikan kepada mereka.
Jenama atau bisnes juga boleh menggunakan platform ini untuk mempromosikan produk atau menjual produk secara langsung. Selain itu, boleh dikatakan kelebihan terbesar yang ditawarkan oleh Instagram ialah catatan yang mudah dikongsi, menjadikannya sempurna untuk dicerna oleh pengikut anda.
Jadi Content Creator Dalam Platform Facebook
Siapa tidak tahu Facebook. Ia selalu menjadi pilihan yang fleksibel untuk bisnes kerana ia membenarkan pelbagai kaedah pemasaran. Dari menyiarkan artikel pendek, berkongsi dan menyiarkan semula cerita, content video, dan banyak lagi. Ini adalah kaedah terbaik untuk mempromosikan jenama ,bisnes atau perkhidmatan.
Content Creator Perlu Rancang Content Yang Sesuai
Pastikan rancang dahulu sebelum membuat sebarang content. Story line yang dibuat mestilah sejajar dengan content itu sendiri supaya penonton dapat memahami mesej anda daripada content tersebut.
Jangan buat content dengan semberono sahaja. Namun tidak dinafikan ada yang berjaya dengan jadi content creator benda-benda random.
Apabila ia dirancang dengan baik barulah pengikut anda faham dan lebih tertarik dengan content anda sejurus dapat meningkatkan jumlah pengikut dan penonton content tersebut.
Secara tidak langsung, mereka akan ternanti-nanti untuk tonton apakah content anda yang seterusnya pada masa akan datang nanti.
Bina Portfolio Sebagai Content Creator
Tujuan portfolio adalah untuk menunjukkan pengalaman anda dan bakat anda. Sekiranya anda bekerja dalam bidang content creation, ambil sedikit masa untuk membuat portfolio yang bagus dimana dapat menonjolkan kepakaran anda.
Selain itu, masukkan juga projek-projek terdahulu anda yang lengkap. Ini adalah sangat penting jika anda ingin bekerja ‘makan gaji’ berbanding mencipta nama anda sendiri dalam dunia content creation.
Majikan akan melihat apakah yang telah anda capai dengan projek-projek sebelumnya. Ia bukan lagi tentang berapa tinggi CGPA yang anda dapat. Majikan sekarang adalah result-oriented recruitment.
Gunakan Iklan Untuk Mempromosikan Content Anda
Bak kata Mat Salleh, quality over quantity yang bermaksud kualiti lebih penting daripada kuantiti. Kualiti dan kuantiti content lah maksud dia.
Semasa membuat content, strategi pemasaran digital adalah bukan membuat content yang banyak tetapi kualiti biasa-biasa sahaja, tetapi tujuan utamanya adalah membuat content yang berkualiti tinggi walaupun jumlah content tidak banyak.
Namun begitu, perlu diingatkan juga bahawa jika anda kerap mengeluarkan content, pengikut akan sentiasa teringatkan anda. Macam iklan KEPCI, hari-hari keluar dalam tv bukan. Padahal hari-hari orang makan KEPCI tu.
Oleh itu, seimbangkan fokus anda pada kualiti kandungan anda dan bukannya menekankan kuantiti kandungan semata-mata anda. Selepas itu, gunalah alat pemasaran untuk mempromosikan content anda yang dilihat mampu ‘pergi jauh’.
Cuba Tambahkan Jumlah Pengikut Di Media Sosial
Tidak dapat tidak anda kena usaha untuk tambahkan pengikut di media sosial. Jika media sosial itu sebuah negara, maka rakyatnya adalah netizen yang merentasi sempadan negara, bangsa, agama, etnik, atau jantina. Ia merupakan sebuah ‘negara‘ yang sangat besar. Rugi jika anda tidak manfaatkan trafik daripada media sosial.
Media sosial berfungsi sebagai platform digital untuk anda menjalinkan hubungan dengan pengikut atau target market anda. Semakin ramai jumlah pengikut anda, semakin banyak views yang anda akan dapat disamping dapat mengiklankan content anda.
Kesimpulan
Langkah-langkah yang disebutkan di atas adalah antara pendekatan berguna dalam penghasilan sesuatu content. Ia bukan hanya akan membantu anda membuat content yang lebih baik dan lebih kerap, tetapi prosesnya juga dapat mengurangkan tenaga kerja.
Akhir sekali, sebenarnya terdapat banyak cara untuk membuat content, tetapi semuanya bergantung kepada prinsip asas yang sama. Ketahui pengikut atau target market anda, ketahui diri anda, dan ketahui tujuan yang anda.
Mungkin anda tidak mampu dapat pendapatan berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat, tetapi ini adalah salah satu kerjaya yang menyeronokkan yang anda boleh cuba pada masa yang lapang di samping kerja harian anda!
Kami doakan anda berjaya jadi content creator yang berjaya pada masa akan datang!
Rujukan & Kredit
Imej oleh Pexels daripada Pixabay
Henderson, G. (2020, May 24). What Is A Content Creator? www.digitalmarketing.org. https://www.digitalmarketing.org/blog/what-is-a-content-creator
Molenaar, K. (2022, April 5). Steps and Tips to Becoming a Content Creator in 2022. Influencer Marketing Hub. https://influencermarketinghub.com/content-creator/