Macam Mana Nak Pujuk Lelaki Yang Merajuk Teruk
Merajuk adalah situasi biasa bagi setiap manusia. Ia berlaku kepada seseorang tanpa mengira peringkat umur dan jantina kerana selagi seseorang itu mempunyai perasaan. Ramai yang ingat hanya perempuan sahaja yang merajuk.
Tanggapan ini tentu sahaja salah kerana lelaki juga boleh merajuk teruk tanpa disedari. Jika anda dah memang blur dan mati akal macam mana nak pujuk lelaki yang merajuk teruk, kami akan kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh cuba.
Jika perempuan yang merajuk, pada zahirnya senang untuk anda kesan dari raut wajahnya yang masam. Sekali dia tarik muka pasti sudah dapat tahu dia merajuk. Namun berbeza bagi lelaki pula, anda tidak tahu sama ada dia merajuk ataupun tidak.
Yang penting, andalah yang lebih mengenali lelaki tersebut kerana rajuk setiap lelaki sangat bergantung kepada cara hidup, latar belakang pendidikan, kepercayaan agama, dan pengaruh manusia di sekelilingnya.
Ini tanda-tanda yang boleh anda lihat jika and mahu kenalpasti yang lelaki tersebut sedang merajuk:
- Tiba-tiba mood dia berubah dari biasa kepada diam,
- Dia bagi tahu ‘malas lah nak cakap atau berborak’,
- Dia tukar plan tiba-tiba padahal dia yang beria rancang plan tu,
- Walaupun anda ajak dia buat aktiviti atau perkara yang dia suka, dia mungkin tak berminat,
- Dia tidak reply mesej anda dalam jangka masa yang tidak munasabah tanpa apa-apa notis. Kadang-kadang ada lelaki yang sering ke luar kawasan jadi dia akan bagitahu tempat yang dia akan pergi tu line internet tidak berapa bagus.
- Korang tengah berborak atau berbincang tentang sesuatu lalu anda masuk ke suatu topik yang membuatkan dia tiba-tiba tidak berminat dalam perbualan tersebut dan menukar tajuk perbualan lain,
- Dia tiba-tiba beredar dari perbualan korang dan terus je hilang dan menyepikan diri. Ini kategori yang kronik la ni.
Pujuk Lelaki Dengan Mendengar dan Bercakap Dengan Tenang
Kalau anda dah notice yang lelaki tesebut dah merajuk, cuba dengarkan apa yang hendak dikatakannya dengan penuh perhatian dan bercakaplah dengan tenang. Lelaki memang sukar mengaku yang dia merajuk kerana dia ada ego yang tersendiri.
Bak kata perempuan, ego lelaki ni tinggi sampai ke langit. Jadi anda janganlah tanya dia depan-depan dengan soalan, “Ehh, awak merajuk ye?“. Terutamanya, kalau insiden itu berlaku di tempat awam. Nanti lagilah tambah rajuk dia tu. Mestinya dia nak jaga air muka cool dia tu depan orang ramai.
Kalau yang merajuk itu suami, jangan pula perbesarkan hal tersebut depan anak-anak.
Atau jangan pula anda memperlekahkan situasi tersbut. Jangan menyalahkan tau memperburukkan situasi dengan ayat macam, “Ala awak ni, sikit-sikit merajuk! Tak bro-bro la macam ni“.
Jangan Biarkan Lelaki Merajuk Berpanjangan
Jangan biarkan pasangan anda terus merajuk dalam jangka waktu yang lama. Cubalah untuk menyelesaikan masalah dan bawa berbincang tentang cara-cara untuk mengatasi situasi ini bersama-sama.
Walaupun sebenarnya lelaki merajuk takkan lama, tapi ada keadaan yang boleh membuatkan dia merajuk dalam tempoh yang sangat lama. Antara perkara yang mungkin boleh mengakibatkan lelaki merajuk dalam tempoh yang lama adalah seperti:
- Orang mempersoalkan kedudukan kewangannya. Contohnya, dengan mengatakan dia tidak mampu berkahwin kerana tidak cukup duit.
- Orang memperkecilkan usaha-usahanya yang dia anggap besar. Contohnya, dia mungkin membuat sebuah kejutan hari jadi kepada anda tapi anda rasa ianya tidak cukup gah atau besar lalu anda mungkin tunjukkan ekspresi yang kurang gembira dan seolah tidak endah sahaja.
- Yang ini paling besar, orang memperkecilkan kebolehan dia untuk mendapat zuriat. Pada zaman ini, ramai pasangan yang diuji dengan dugaan sukar mendapat zuriat. Walaupun jika memang betul masalah itu datang darinya, janganlah anda memperkecil-kecilkan masalah tersebut.
- Orang memperlekahkan kerja-kerjanya. Lelaki memanglah taksub dengan hobi atau minatnya. Kadang-kadang ia menjadi kerja atau sumber pendapatannya. Contohnya pasangan anda mungkin suka melukis dan menjual hasil seninya untuk kelangsungan hidup yang pada anda kurang lumayan.
Pujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Bagi Dia Masa
Jika pasangan anda memerlukan waktu dan ruang untuk merenungkan perasaannya, hormatilah permintaannya dan berilah ruang dan masa tersebut kepadanya.
Tapi pastikan untuk menghubungi mereka secara berkala untuk memastikan bahawa semunya okay sahaja.
Bagi kebanyakan kes, ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Biar masa sahaja yang mengubati perasaannya.
Betul. Sebenarnya, kebanyakan lelaki adalah makhluk yang paling suka memendam rasa. Dia tidak suka meluahkannya seperti perempuan. Jadi dia lebih suka perkara tersebut berlalu sahaja tanpa dia sedari.
Lama-lama, anda sedar je dia dah okay. Cuma pada masa dia perlukan ruang dan masa anda janganlah buat perangai pula. Lepas tu, dia mesti okay punya. Beri ruang dan masa ni, tentulah ada batasnya sebab anda kena juga jaga perasaan diri sendiri.
Jadi anda mungkin bertanya berapa hari perlu anda beri masa kepadanya. Sebenarnya, sehari sudah cukup untuk dia kembali kepada perasaan yang normal. Selepas sehari, jangan ungkit lagi perkara yang membuatkan dia merajuk.
Terus sahaja berbual seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dengan ini, dia pasti lebih menghargai anda kerana memahami jiwa seorang lelaki.
Pujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Banyakkan Bersabar
Menghadapi lelaki yang merajuk boleh buat anda rasa kecewa dan frust, tetapi penting untuk anda bersabar dan memberi mereka ruang yang mereka perlukan untuk memulihkan emosinya yang terganggu tadi tu.
Sabar kan sebahagian daripada iman.
Walaupun anda bukan punca utama rajuknya itu, tapi mestilah anda kena tetap bersabar. Apatah lagi kalau memang andalah punca utama lagilah kena betulkan keadaan dan bersabar.
Mungkin anda rasa anda telah banyak bersabar dengannya. Tetapi percayalah apa yang berlaku pastinya ada hikmahnya.
Anda kena ingat bahawa dia adalah pasangan atau ahli keluarga yang anda sayangi dan dia sangat berharga buat anda. Rajuknya itu adalah perkara yang mungkin jarang-jarang berlaku dan anda kena cekalkan diri untuk hadapinya.
Pujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Hubungan Intim
Ini mungkin senjata yang paling ‘jahat‘ atau berkesan terhadap lelaki kerana dalam dunia ni tidak ada lelaki yang mampu menolak sebuah ajakan hubungan intim. Cuba anda imbas kembali bila kali terakhir anda berhubungan intim dengannya.
Mungkin kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya atau dunia masing-masing, sebagai suami isteri kadang-kadang anda terlupa akan aktiviti yang manis ini.
Lelaki pasti rasa lebih teruk jika dia tahu anda berpura-pura kerana perasaan saat itu adalah palsu dan dibuat-buat semata-mata untuk memujuknya.
Namun, ajakan anda mungkin gagal jika anda menunjukkan rasa terpaksa. Ianya mestilah dilakukan dengan semula jadi dan keinginan diri sendiri dan bukanlah dipaksa-paksa. Jangan tergesa-gesa untuk mengajaknya bersama namun cuba cari masa yang anda rasa selesa dan boleh ikhlaskan diri.
Semasa berhubungan intim, jangalah anda minta dia meluahkan masalahnya yang menyebabkan dia merajuk tadi. Kalau boleh jangan sentuh langsung soal itu. Biarkah dia yang mulakan meluahkannya sendiri nanti.
Pujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Makanan Kesukaanya
Setiap lelaki pasti ada makanan kesukaannya. Jika di rumah, cuba masak masakan yang digemarinya. Walaupun ia mungkin tidak akan meredakan rajuknya itu tadi, pasti ia boleh melegakan sedikit rajuknya.
Dia mungkin boleh berbicara tentang perkara yang membuatkan dia merajuk semasa di meja makan. Masa inilah anda boleh mendengar dan memahaminya.
Minta Berpisah Dengannya
Jika lelaki tersebut merajuk terlalu kerap sehingga menjejaskan produktiviti hubungan antara anda berdua dan menjejaskan mental anda sendiri kami sarankan anda ambil jalan yang paling drastik iaitu minta hubungan diputuskan sahaja.
Diharapkan dengan permintaan anda ini, dia akan sedar bahawasanya matlamat yang lebih besar dalam perhubungan korang iaitu menjalani kehidupan yang saling membahagiankan. Jika sikit pun bahagia tidak dapat dijumpai maka perpisahanlah jalannya.
Namun, bagi pasangan yang telah berumah tangga dan mempunyai anak-anak, anda kena pastikan hal ini telah diambil kira sebelum minta untuk berpisah. Alasan suami kuat merajuk bukanlah suatu alasan yang cukup kuat untuk pihak mahkamah membubarkan perkahwinan anda.
Si suami mungkin akan diarahkan untuk menjalani khidmat kaunseling terlebih dahulu dan jika itu turut gagal mungkin ikatan perkahwinan korang boleh dibubuarkan namun kami amatlah tidak gemar dengan jalan perceraian. Sebenarnya, pasti ada jalan yang lebih kurang mudarat selain perceraian.
Mungkin perpisahan anda cuma dalam tempoh yang singkat sahaja. Bagi me-time kepada diri masing-masing. Kata orang, bila dah rindu kembali pasti perasaan cinta dan sayang tu datang semula. Masa dah rindu ni, cubalah berbaik-baik semula.
Kesimpulan
Merajuk adalah biasa bagi seseorang yang memiliki perasaan cuma ramai orang gagal untuk menguruskannya dengan betul sehingga ada yang menyebabkan terputusnya hubungan kasih dan sayang.
Dengan tips-tips kami ini, kami doakan semoga urusan anda dipermudahkan dan dapat pujuk lelaki yang merajuk tu!
Rujukan
WikiHow. (t.t.). How to Deal With a Lover Who Sulks. Diakses daripada https://www.wikihow.com/Deal-With-a-Lover-Who-Sulks
Monitor. (2021, Jun 30). Next Time Your Partner Sulks, Do These Things. Diakses daripada https://www.monitor.co.ug/uganda/lifestyle/heart-to-heart/next-time-your-partner-sulks-do-these-things-3590534