Macam Mana Nak Tambah Baik Penulisan Dalam Bahasa Inggeris
Setiap cabaran dalam menuntut ilmu adalah peluang untuk kita belajar benda baru dan kembangkan ilmu pengetahuan. Jika anda risau tentang macam mana nak tingkatkan penulisan dalam Bahasa Inggeris, ingatlah bahawa mesti ada jalan penyelesaian bagi kesukaran tersebut.
Tidak ada orang yang terus berangan penulisan dalam Bahasa Inggeris pertama mereka akan terus perfect. Bahkan penulisan yang ke-10 ke, ke-50 ke belum tentu lagi akan perfect. Tapi, jika anda meletakkan satu usaha yang konsisten tentu ia akan bertambah baik dari hari ke hari bukan?
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan pada anda 6 tips mudah macam mana nak tingkatkan penulisan dalam Bahasa Inggeris anda dengan lebih baik dan efektif. Jom baca tips-tips ini dibawah ini.
Fokus Pada Gaya Penulisan Dalam Bahasa Inggeris Yang Anda Inginkan
Langkah pertama ini boleh dikatakan paling penting.
Sebelum anda mulakan penulisan dalam Bahasa Inggeris, ketahui dahulu jenis gaya penulisan yang ada perlukan. Jika anda ingin menulis untuk tujuan perniagaan, maka fokus pada perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang bersifat perniagaan. Setiap bidang ada frasa-frasa khusus yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu perkara. Anda perlu tahu tentang itu. Ayat-ayat penulisan perniagaan mestilah bersifat meyakinkan orang yang membacanya.
Ataupun jika anda seorang pelajar PhD, Masters, Degree’s yang ingin menulis laporan thesis pasti ada caranya. Tentunya lenggok penulisannya akan lebih akademik. Penulisan akademik mestilah tepat, straightforward, on-point dan tidak meleret-leret. Tambahan pula, penulisan akademik tidak boleh disulami dengan frasa-frasa yang bersifat emosi dan perasaan.
Ketahui juga siapa yang akan membaca penulisan anda. Jika penulisan anda untuk pelajar sekolah janganlah gunakan terma-terma Bahasa Inggeris yang dipakai dalam dunia pekerjaan.
Dalam pada itu, jika anda sedang atau bakal mengambil peperiksaan SPM, pastikan anda baca kehendak soalan penulisan tersebut. Mungkin ada soalan yang memerlukan anda menulis dalam bentuk penceritaan, manakala ada yang memerlukan anda menulis dalam bentuk fakta.
Paling penting, pastikan anda jelas tentang perkara yang akan anda tulis dan yakinkan diri dengan gaya penulisan yang ingin digunakan.
Bila anda dah tahu gaya penulisan yang diperlukan, teruskan ke langkah yang kedua.
Cari Contoh Teks Bahasa Inggeris Dan Salin Semula
Di zaman internet serba laju dan maklumat di hujung jari ni, mencari contoh penulisan sangat mudah dilakukan. Mendapat contoh yang boleh anda copy adalah penting untuk membiasakan diri dengan gaya penulisan dalam Bahasa Inggeris yang anda suka.
Namun begitu, bagi pelajar pengajian tinggi seperti PhD, Masters, Degree’s dan sebagainya, anda tidak boleh sewenang-wenangnya copy penulisan orang lain tanpa memberikan kredit kepada sumber penulisan itu. Kredit kepada sesuatu penulisan yang lain perlulah dilakukan dengan cara petikan (citation) standard yang diterima pakai dalam dunia akademik.
Penulisan akademik yang di-copy tanpa memberikan sumber petikan dan rujukan boleh menyebabkan anda terkena plagiat. Jika ia merupakan kerja khusus peringkat pengajian tinggi, plagiat mungkin menyebabkan anda gagal subjek tersebut.
Jangan sembarangan tiru jika ia bertujuan untuk penulisan akademik. Pastikan anda ikut panduan penulisan akademik yang diberikan oleh pensyarah dan pihak universiti. Takut anda terkena plagiat !!!
Banyak saja sumber-sumber akademik yang menyediakan jurnal-jurnal atau kertas-kertas kajian yang berkualiti tinggi dan diikitiraf seantero dunia seperti Google Scholar, DOAJ, Elsevier, SAGE Open, dan pelbagai lagi. Contohnya Google Scholar sendiri menyediakan cara mudah untuk mencari kesusasteraan ilmiah secara meluas. Dari satu tempat, anda boleh mencari merentasi pelbagai sumber artikel, tesis, buku abstrak dan pendapat mahkamah daripada penerbit akademik, persatuan profesional, universiti dan laman web yang lain.
Manakala, jika anda sedang mencari contoh perbualan Bahasa Inggeris di kedai makan, cuba buat carian dengan frasa seperti ‘teks perbualan Bahasa Inggeris di kedai makan’. Mungkin anda ada kesukaran untuk buat carian di internet dengan menggunakan frasa Bahasa Melayu. Caranya, cuba gunakan Google translate untuk terjemahkan carian anda. Lepas tu dengan menggunakan hasil frasa Bahasa Inggeris tersebut, terus buat carian di internet.

Selain daripada menggunakan kaedah Mendengar dan Merakam, Baca, Salin, Tulis (tanpa melihat teks asal) boleh cuba kaedah favourite kami dari Sir To Fluency. Ia merupakan tips yang berguna bagi orang yang tidak bercakap bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda macam kita.
Lakukan satu ayat ini pada satu masa dan sebenarnya ia akan membantu anda untuk menghayati struktur ayat dan susunan perkataan. Ini adalah cara yang berkesan untuk tingkatkan kemahiran tatabahasa anda juga. Taktik ini boleh digunakan untuk esei akademik dan e-mel rasmi juga.
Namun begitu, anda perlu ingat bahawa meniru sesuatu penulisan sebiji-sebiji bagi tujuan kerja khusus sekolah atau pengajian peringkat tinggi adalah satu jenayah plagiat. Melainkan anda meletakkan petikan dan rujukan yang betul. Namun, untuk penulisan-penulisan harian seperti emel, kertas kerja, laporan projek, brosur pemasaran tiada masalah janji anda faham apa yang ditulis tu.
Banyakkan Membaca Bahan-Bahan Penulisan Dalam Bahasa Inggeris
Baca, baca, baca. kami ulang lagi sekali. Baca!
Bagaikan satu magik, kerana membaca ini merupakan satu perkara yang paling penting untuk membantu anda membiasakan diri dengan cara penulisan Bahasa Inggeris, dan juga untuk membantu anda melihat kesilapan yang anda lakukan.
Malah dalam Islam, membaca dan menulis adalah ibadah yang utama. Justeru dapat menjadikan kita masyarakat yang ilmiah.
Pecah kaca pecah gelas, sudah baca silalah praktis tulis ya…
Menyalin petikan juga boleh menjadi cara untuk membetulkan pelbagai kesilapan dalam penulisan tatabahasa anda.
Jika anda turut berminat untuk menambah baik penulisan Bahasa Inggeris yang tidak rasmi seperti yang banyak terdapat dalam media sosial, perbanyakkan dengan membaca komen-komen dan kiriman-kiriman orang-orang yang suka buat postings dalam Bahasa Inggeris. Namun pastikan latar belakang Bahasa Inggerisnya bagus barulah anda follow dia.
Jika anda bukan seorang pembaca, cuba cari buku audio percuma atau berbayar dan praktiskan membaca sekali dengan hard copy. Kebanyakan aplikasi buku audio membolehkan anda mengawal kadar kelajuan bacaan supaya anda boleh membaca mengikut apa-apa kelajuan yang sesuai dengan anda.
Banyak lagi kaedah, tidak kisahlah apa sahaja yang membuatkan anda berasa selesa. Cuma pastikan anda membaca!

Amalkan Dan Dapatkan Maklum Balas
Meningkatkan penulisan dalam apa-apa bahasa sekalipun adalah seperti mempelajari kemahiran baharu iaitu anda perlu terus buat dan buat. Bila dah tulis tu, cuba dapatkan maklum balas daripada guru ataupun mentor. Ataupun cari orang terdekat yang biasa dengan penulisan Bahasa Inggeris.
Selepas anda cuba taktik copy berberapa kali dan anda mula berasa lebih yakin. Cuba lakukan latihan bertulis yang sebenar yang mana anda memang betul-betul minat nak tulis tajuk tu. Kenapa kena cari tajuk yang anda minat? Sebab ia akan memberikan anda motivasi untuk terus menulis. Akhir sekali, cari penutur asli bahasa Inggeris untuk membetulkan anda.
Anda boleh kongsikan post kepada komuniti di Facebook, atau mengambil bahagian dalam perbualan di media sosial dalam bahasa Inggeris.
Jangan syok sendiri pula. Setiap yang dipelajari kena ada guru untuk kita ukur betul dan salahnya.
Terdapat aplikasi yang kami suka iaitu ‘Hello Talk’, platform untuk anda bertukar-tukar bahasa dengan orang dari serata dunia hanya secara dalam talian. Dalam aplikasi ini, anda boleh cari rakan bahasa asing dari lebih 150 bahasa dan tentunya Bahasa Inggeris mestilah banyak sekali.
Secara asasnya, aplikasi ini boleh membantu meningkatkan kemahiran penulisan bahasa anda kerana ia mempunyai ciri pembetulan (auto-correction), yang bukan sahaja membetulkan teks malah menunjukkan teks asal dan yang diedit bersebelahan, supaya anda boleh belajar daripada kesilapan anda.
Namun begitu, dalam jangka masa yang panjang anda tidak boleh terus bergantung kepada teknologi ini semata-mata kerana ia bukanlah 100% tepat. Namun, untuk peringkat permulaan pasti tidak mengapa.
Gunakan Aplikasi, Favourite Kami : Grammarly
Aplikasi ini hebat kerana ia memberitahu kepada anda kesilapan tatabahasa penulisan dalam Bahasa Inggeris pada hampir setiap laman web, media sosial, hos e-mel dan penulisan dalam Microsoft Word. Antara perisisan yang kami gemari adalah Grammarly. Kalau anda guna aplikasi ni, seolah-olah macam ada cikgu Bahasa Inggeris di sebelah anda taw!
Gunakan bantuan teknologi sebagai panduan sahaja. Bukan sebagai keperluan wajib pada setiap masa. Anda perlu berdikari untuk ingat tatabahasa yang betul. Itu lebih penting untuk jangka masa yang panjang.
Dengan adanya aplikasi seperti Grammarly, anda boleh pastikan penulisan anda lebih tepat apabila anda menaip. Secara tidak langsung, anda akan terbiasa dengan penggunaan tatabahasa yang lebih betul dalam Bahasa Inggeris. Bagi orang yang tidak mahir berbahasa Inggeris, ianya pasti lebih baik daripada tiada.
Namun begitu, ia tidaklah tepat 100% namun masih bagus untuk digunakan. Justeru kami hanya sarankan penggunaannya pada peringkat awal pembelajaran sahaja. Apabila anda telah mahir, cuba jangan bergantung kepada perisian ini. Bukan apa, risau nanti gaya penulisan anda akan kedengaran sedikit ‘robotik‘.
Luangkan Masa Anda, Sentiasa Cari Ayat-Ayat Baru!
Kami ingin tekankan bahawa betapa pentingnya untuk anda selalu meluangkan masa untuk mencari sesuatu yang dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan penulisan Bahasa Inggeris.
Kalau anda boleh luangkan masa 2 jam sehari melayari laman sosial kenapa tidak tukar kepada membaca artikel-artikel dalam Bahasa Inggeris daripada laman web yang dipercayai. Tapi kalau anda baca artikel berbahasa Inggeris di Facebook itu sudah tentu bagus juga!
Selain itu, jangan terlalu tergesa-gesa untuk terus dapatkan penulisan yang perfect. Matlamat yang sebegini samalah ibarat melepaskan batuk di tangga! Kerana kerja keras yang anda buat selama ini tidak dikekalkan dan semua usaha anda akan sia-sia apabila hasil yang diinginkan tidak tiba dalam jangka masa yang dikejar-kejar tadi.
Oleh itu, cari ayat baharu yang berguna untuk dipelajari secara kerap untuk membantu meningkatkan perbendaharaan kata anda dan proses yang berterusan inilah yang menjadikan anda seorang penulis yang hebat. Kami sarankan anda baca artikel-artikel kegemaran.
Contohnya, jika anda minat sukan bola sepak baca berita berbahasa Inggeris tentang bola sepak. Dari situ, anda boleh jelajah ke pelbagai genre mengenai bola sepak seperti hiburan, ekonomi, sejarah, blog dan sebagainya.
Kesimpulan
Akhir sekali, dalam anda bertungkus-lumus nak tingkatkan penulisan dalam Bahasa Inggeris, bersikap baiklah kepada diri anda sendiri. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Ingat, kejayaan adalah proses yang perlahan tetapi mestilah konsisten. Kegagalan juga bukan sesuatu yang membawa maut. Tetapi kegagalan sebenarnya menemukan kita dengan banyak cara untuk lebih berjaya.
Kami doakan usaha penulisan Bahasa Inggeris anda akan dipermudahkan. Semoga berjaya!
Rujukan
Jack. (2020). 6 Powerful Tips to Improve Your English Writing Skills (+ Best App). Diakses daripada To Fluency: https://tofluency.com/english-writing-skills/