Macam Mana Nak Uruskan Borang Kahwin Gadis Muslim Sabahan

Anda gadis berasal dari Sabah dan ingin berkahwin ? Tentu anda tertanya-tanya macam mana nak uruskan borang kahwin gadis Muslim Sabahan. Bagi yang sedang merancang perkahwinan dalam masa terdekat tentunya banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum membuat persiapan majlis sepenuhnya.

Namun terdapat beberapa proses yang mestilah diselesaikan dan diutamakan iaitu pendaftaran perkahwinan yang memerlukan banyak persediaan dokumen.

Hal ini kerana terdapat beberapa pengurusan borang yang perlu dipersiapkan sebagaimana terdapat persoalan yang mungkin bermain di minda anda. Dalam artikel ini, terdapat beberapa cara dan tips yang akan menjelaskan tentang pengurusan borang-borang nikah/kahwin bagi pihak wanita di Sabah dan tidak dilupakan juga bagi warga asing yang telah menetap sebagai penduduk tetap Sabah.

Wanita Tempatan

Bagi pengurusan borang-borang yang perlu dilengkapkan oleh kaum wanita terdapat banyak permohonan yang perlu dibuat berbanding kaum lelaki.

Membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin

Borang permohonan boleh didapatkan di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) di Muis Tingkat 10, Blok A.

Melengkapkan Borang Kebenaran Berkahwin Dengan Betul

Berikut merupakan perkara yang perlu anda selesaikan dalam Borang Kebenaran Berkahwin.

  1. Borang permohonan / kebenaran menikah.
  2. Borang keizinan kawin.
  3. Borang pengesahan status bujang. (Surat daripada Ketua Kampung atau Majikan boleh dilampirkan)
  4. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  5. Salinan kad pengenalan bakal pengantin.
  6. Salinan kad pengenalan wali pengantin perempuan.
  7. Surat Wakalah. (Jika wali tidak dapat hadir semasa Akad Nikah)
  8. 2 orang lelaki sebagai saksi borang.
  9. Keputusan Ujian saringan HIV.

Anda boleh download checklist melalui link yang diberikan di bawah sebelum membuat ujian saringan HIV.

CHEKLIST_KEPADA_BAKAL_PENGANTIN_17_Mac_2021.pdf (sabah.gov.my)

Wanita Warga Asing

Bagi warganegara asing wanita, kehadiran wali adalah penting semasa mendapatkan kebenaran berkahwin dan sekiranya tiada wali secara langsung, surat pengesahan wakalah wali daripada pihak berkuasa agama negara pemohon wajib dikemukakan bagi memastikan terdapatnya pengesahan yang rasmi.

Kebenaran berkahwin bagi pasangan warganegara Malaysia dengan warganegara asing di luar negeri boleh diluluskan dengan beberapa syarat iaitu setelah bayaran dibuat dan borang permohonan pendaftaran pernikahan di luar negara diisi dengan lengkap bersama lampiran dokumen sokongan seperti berikut:

Membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin

Borang permohonan boleh didapatkan di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) di Muis Tingkat 10, Blok A.

Lengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Berikut adalah perkara yang perlu dilengkap bagi permohonan kebenaran berkahwin bagi wanita warga asing di Sabah.

  1. Salinan Kad Pengenalan / Passport.
  2. Salinan Kad Pengenalan/ Passport 2 orang saksi.
  3. Surat Kebenaran Berkahwin sekiranya muslim (Boleh diambil di JHEAINS).
  4. Dapatkan surat pengesahan berkahwin daripada kedutaan pasangan warga asing berkenaan atau jabatan agama negara asal pasangan berkenaan (Letter of Permission to Marry form Embassy).
  5. Dapatkan surat pengesahan status (Marital Status) daripada kedutaan pasangan warga asing berkenaan (Letter of Marital Status Confirmation from Embassy) dan Imigresen.
  6. Kursus kahwin tidak wajib bagi pasangan warga asing berkenaan. 
  7. Lengkapkan borang kahwin.
  8. Ujian H.I.V adalah wajib (H.I.V Test- Compulsory) (Hanya boleh dilaksanakan di klinik kesihatan kerajaan SAHAJA).

Kesimpulan

Setelah selesai melalui proses berkahwin, segala pengurusan bahagian pendaftar nikah iaitu borang-borang yang telah di isi hendaklah dihantar ke pejabat agama daerah masing-masing untuk mendapatkan persetujuan. Untuk menghantar dan mengambil borang daripada pejabat agama, hantar wakil pun boleh.

Apabila borang-borang sudah dapat pengesahan daripada pejabat agama, perlulah dihantar semula ke pendaftar nikah sehingga tiba majlis pernikahan. Maka selesailah urusan pernikahan sebelum kahwin. Semoga urusah perkahwinan anda dipermudahkan!

Rujukan

Imej oleh Hasan Almasi daripada Unsplash

Kiriman Serupa