Notis Privasi

Notis Privasi Penggunaan Laman Web macammananak.com

Pengenalan

‘macammananak.com’ (“kami” atau “kita”) komited dalam melindungi Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) anda. Oleh itu, untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan komitmen terhadap perlindungan Data Peribadi anda, kami menyediakan Notis Privasi ini (“Notis”).

Notis ini menerangkan tentang jenis Data Peribadi yang kami kumpul atau telah dikumpulkan, cara pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan pengekalan, dan pendedahan Data Peribadi anda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta.

Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami dan/atau akses berterusan ke mana-mana laman web, platform secara talian dan/atau aplikasi mudah alih kami (secara kolektif “Laman Web kami”), anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju untuk kami memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis ini.

Sila ambil maklum bahawa kami berhak untuk meminda, kemaskini dan/atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa. Notifikasi mengenai pemindaan, pengemaskinian dan/atau perubahan tersebut akan disiarkan di Laman Web kami dan/atau melalui kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh kami. Sila semak Laman Web kami dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang pemindaan, pengemaskinian dan/atau perubahan terhadap Notis ini.

Pengumpulan data peribadi

Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda semasa anda berurusan dengan kami, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • butiran peribadi anda seperti nama, nama syarikat, alamat kediaman, nombor telefon, alamat emel, tarikh lahir, bangsa dan jantina;
  • butiran teknikal seperti alamat Internet Protocol (IP), jenis dan versi penyemak imbas, penetapan zon masa, jenis ‘browser plugin’, sistem dan platform operasi, maklumat peranti dan maklumat login akaun;
  • butiran berkenaan dengan aktiviti, tabiat, pilihan dan minat anda yang berkaitan dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami termasuk pandangan atau pendapat anda yang dimaklumkan kepada kami melalui maklum balas atau tinjauan;
  • butiran lain yang berkaitan dengan individu lain yang mungkin dikenal pasti dari sebarang maklumat, data atau dokumen yang anda berikan kepada kami; dan/atau
  • sebarang maklumat peribadi lain yang anda berikan kepada kami semasa anda berurusan dengan kami.

(secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi”).

Kami mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda:

  • apabila anda membuat pertanyaan kepada kami mengenai produk atau perkhidmatan kami atau berkomunikasi dengan kami;
  • apabila anda mendaftar akaun dengan kami;
  • apabila anda mengambil bahagian dalam acara promosi kami;
  • dari sumber umum sedia ada;
  • apabila anda mengakses Laman Web kami;
  • apabila kami menyediakan sebarang barangan atau perkhidmatan kepada anda;
  • apabila anda memberikan sebarang maklum balas kepada kami, mengambil bahagian dalam tinjauan dan/atau membuat aduan kepada kami; dan/atau
  • jika berkaitan, dari pihak ketiga.

Tujuan

Kami boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:

  • untuk mendaftar akaun dengan kami dalam Laman Web kami;
  • untuk mencipta, mengurus, dan mengekalkan akaun anda dalam Laman Web kami;
  • untuk menguruskan dan mengekalkan hubungan kami dengan anda;
  • untuk menganalisis dan meningkatkan komunikasi dan strategi pemasaran kami;
  • untuk mengendalikan, menilai dan mempertingkatkan perniagaan kami dan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan;
  • untuk penyimpanan rekod dalaman atau tujuan pentadbiran lain;
  • untuk tujuan analisis statistik;
  • untuk tujuan pengrekruitan;
  • untuk pengurusan maklumat dan tujuan keselamatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan dan pentadbiran emel, pengendalian dan penyiasatan sebarang isu berkaitan keselamatan, kerentanan, dan/atau insiden;

(secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).

Pendedahan kepada pihak ketiga

Kami komited untuk menjaga kerahsiaan apa-apa Data Peribadi anda daripada mana-mana pihak ketiga melainkan untuk tujuan regulatori atau keperluan mana-mana badan daripada kerajaan Malaysia.

Segala perubahan terhadap dasar pendedahan kepada pihak ketiga akan dibuat pada bila-bila masa dengan atau tanpa makluman awal terhadap pengguna laman web ini.

Keselamatan data peribadi

Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa izin, pendedahan atau pengubahan, tidak ada penghantaran maklumat elektronik yang selamat sepenuhnya. Kami tidak dapat menjamin bahawa langkah-langkah keselamatan yang kami ambil adalah seratus peratus mencukupi atau berkesan untuk melindungi Data Peribadi anda. Sebagai pengguna Laman Web kami, anda bersetuju untuk mengambil segala tanggungjawab dan risiko dalam penggunaan Laman Web kami, dan mengakui kewujudan segala risiko tersebut dalam penggunaan internet secara amnya. Untuk melindungi Data Peribadi anda selanjutnya, anda harus melindungi nama pengguna dan kata laluan anda (yang didaftarkan di Laman Web kami) dan tidak berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain.

Akses dan pembetulan

Di bawah Akta, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda setelah membayar yuran yang ditentukan dan anda boleh meminta kami membetulkan mana-mana Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang tidak dikemaskinikan kecuali sekiranya permintaan tersebut boleh ditolak di bawah Akta. Kami akan memberitahu anda sebab-sebab tidak dapat memenuhi permintaan anda. Kami juga mungkin menggunakan budi bicara kami dalam membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau mungkin memerlukan bukti dokumentari yang lebih lanjut mengenai data baru tersebut untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.

Kebenaran, penarikan kebenaran dan opsyen-keluar

Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Notis ini, kami hanya mengumpul Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Jika anda tidak bersetuju Data Peribadi anda dikumpul oleh kami, jangan berikan maklumat anda atau mengakses Laman Web kami. Dengan melayari Laman Web kami, memberikan Data Peribadi kepada kami, atau berinteraksi dengan kami, anda akan dianggap telah membaca dan memberikan persetujuan kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda melalui cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi untuk Tujuan di atas pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui butiran yang diberikan di Perenggan K. Sekiranya kami tidak menerima sebarang notifikasi daripada anda mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, kami akan terus memproses untuk Tujuan sebagaimana dinyatakan di atas, atas dasar bahawa anda teleh memberikan persetujuan untuk pemprosesan Data Peribadi anda yang terkini dan sebelumnya menurut Notis ini.

Walau apa pun peruntukan lain dalam Notis ini, anda boleh menarik diri (Opt out) atau menghentikan pelangganan bahan promosi kami dengan menghantar emel kepada kami.

Sekiranya anda memberikan kami Data Peribadi bagi subjek data yang lain, anda bersetuju bahawa anda hendaklah memastikan subjek data tersebut telah memberi persetujuan terhadap Notis ini.

Tempoh penyimpanan

Kami hanya menyimpan Data Peribadi anda selagi kami memerlukannya untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas (melainkan jika kami perlu menyimpannya untuk jangka masa yang lebih lama untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami).

Laman web pihak ketiga

Laman Web kami mungkin akan menyediakan pautan ke laman web atau platform media sosial lain, termasuk dari rakan kongsi, vendor, penaja, pengiklan dan afiliasi kami. Harap maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk laman web atau platform media sosial tersebut. Sekiranya anda memaut ke atau melayari laman web lain, sila semak dasar privasi yang dipaparkan di laman web tersebut.

Cookie pelayar web

Laman Web kami mungkin menggunakan “cookies” untuk meningkatkan pengalaman pengguna kami. Suatu “cookie” adalah elemen data yang boleh dihantar ke pelayar (browser) anda. Pelayar anda kemudian boleh menyimpannya pada sistem anda berdasarkan keutamaan yang telah anda tetapkan pada pelayar anda. Cookies mengumpul maklumat mengenai sistem pengendalian anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jenis pelayar, dan alamat Protokol Internet (IP). Laman Web kami menggunakan maklumat ini untuk membuat analisa trafik di Laman Web kami untuk tujuan memberikan anda layanan yang lebih baik apabila anda kembali ke Laman Web kami. Ia adalah bukan niat kami untuk menggunakan maklumat sedemikian untuk mengenal pasti pengguna secara peribadi. Anda mempunyai pilihan untuk mengkonfigurasi pelayar internet anda untuk memaklumkan anda apabila anda menerima cookie yang akan memberikan anda peluang untuk memutuskan sama ada untuk menerimanya atau tidak. Selanjutnya, anda mempunyai pilihan untuk menyekat semua cookies. Sila ambil maklum bahawa jika anda menolak atau sebaliknya menyekat “cookies” anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi yang terdapat di Laman Web kami.

Pertanyaan atau aduan

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, mempunyai sebarang aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda atau mempunyai sebarang permintaan seperti yang diperuntukkan di atas, sila hantarkan emel ke tanya@macammananak.com.