Info Cuti Sekolah 2024 /2025 (Takwim Persekolahan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan Takwim Persekolahan rasmi untuk tahun akademik 2024 / 2025. Menurut pengumuman rasmi, sesi persekolahan untuk tahun 2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac 2024.

Artikel ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai kalendar cuti sekolah dan takwim persekolahan di Malaysia bagi sesi 2024/2025.

Cuti Sekolah Bagi Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

Penggal Mula Akhir Jumlah Hari
Penggal 1 10 Mac 2024 23 Mei 2024 48
Penggal 2 3 Jun 2024 12 September 2024 71
Penggal 3 22 September 2024 16 Januari 2025 78

Cuti Penggal:

  • Penggal 1: 24 Mei 2024 – 2 Jun 2024
  • Penggal 2: 13 September 2024 – 21 September 2024
  • Penggal 3: 20 Disember 2024 – 28 Disember 2024

Cuti Akhir Persekolahan:

17 Januari 2025 – 15 Februari 2025

Cuti Sekolah Bagi Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
Penggal Mula Akhir Jumlah Hari
Penggal 1 11 Mac 2024 24 Mei 2024 48
Penggal 2 3 Jun 2024 13 September 2024 72
Penggal 3 23 September 2024 17 Januari 2025 70

Cuti Penggal:

  • Penggal 1: 25 Mei 2024 – 2 Jun 2024
  • Penggal 2: 14 September 2024 – 22 September 2024
  • Penggal 3: 21 Disember 2024 – 29 Disember 2024

Cuti Akhir Persekolahan:

18 Januari 2025 – 16 Februari 2025

Cuti Perayaan Sesi 2024/2025

Perayaan Kumpulan A Kumpulan B Catatan
Hari Raya Aidilfitri 10 – 11 April 2024 (Rabu dan Khamis) 7 – 8 April 2024 (Ahad dan Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B
Hari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis) kecuali Sarawak 30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) kecuali Sarawak Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B
Hari Krismas 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3)
Tahun Baru Cina 2024 10 – 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)
Tahun Baru Cina 2025 29 – 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)

Perayaan Tempatan:

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 – 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1)
  • Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 1 – 2 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1)

Kiriman Serupa