Macam Mana Nak Lupakan Seseorang Dengan Mudah Dan Move On Terus
Dalam kehidupan ini, kita mungkin pernah mengalami perasaan terikat kepada seseorang yang mungkin sudah tidak ada kaitan terhadap hidup kita lagi. Jadi kita perlu lupakan seseorang itu supaya hidup lebih tenang dan bahagia.
Untuk atasi perasaan ini bukanlah perkara mudah, tetapi dengan cara yang betul, anda pasti dapat melupakan seseorang itu seterusnya dapat melangkah ke depan dan membina kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan beberapa panduan dan strategi tentang macam manan nak melupakan seseorang dengan mudah dan meneruskan hidup dengan penuh keyakinan.
Akui Rasa Kehilangan Anda Untuk Lupakan Seseorang
Langkah pertama dalam proses ini adalah menerima bahawa anda mempunyai perasaan sayang ataupun kasih terhadap seseorang itu. Perasaan terlalu sayang atau pun kasih ini adalah normal hasil dari momen-momen pahit dan indah anda bersama dengannya.
Jangan cuba menafikan perasaan anda atau menyembunyikannya. Ia adalah normal untuk merasakan kehilangan dan kesedihan. Luahkan perasaan anda, sama ada melalui menulis dalam jurnal, berbicara dengan rakan-rakan yang dipercayai, atau dengan pakar kesihatan mental.
Untuk Lupakan Seseorang, Beri Masa Untuk Penyembuhan
Perasaan sedih atau perit dari kehilangan seseorang yang pernah disayangi memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Sediakan ruang dan waktu untuk diri anda merasa dan menyembuhkan diri daripada kehilangan.
Berilah diri anda kebenaran untuk merasa sedih, marah, atau kecewa. Tetapi, pastikan anda tidak terperangkap dalam perasaan ini untuk jangka masa yang terlalu panjang sehingga menjejaskan kualiti hidup diri dan orang di sekeliling.
Hadkan Hubungan Seharian Anda Dengan Si Dia
Jika anda mampu, pertimbangkan untuk kurangkan atau elakkan berhubungan dengan individu yang anda cuba lupakan. Ya, dia mungkin rakan sepejabat atau kenalan kursus pelajaran yang sama, namun pasti sukar untuk anda move on jika asyik terpandang wajah si dia.
Perkara ini mungkin sukar untuk dibuat dan memerlukan sedikit usaha, terutamanya jika anda berkongsi kumpulan sosial atau kawasan kerja. Dengan mengurangkan hubungan ini akan memberi peluang kepada diri anda untuk melihat kehidupan tanpa kehadiran orang yang ingin anda lupakan itu.
Jika sudah terdesak, anda mungkin perlu membuat langkah yang drastik seperti meminta ditukarkan ke department atau bangunan lain bagi yang bekerja dalam organisasi yang besar. Jika tiada peluang begitu, maka anda mungkin perlu perlahan-lahan mencari tempat dan ‘angin’ baru.
Bagi pelajar universiti pula, anda mungkin boleh minta ditukarkan ke kelas atau kursus yang lain supaya tidak bertembung dengannya.
Lebihkan Fokus Pada Diri Sendiri Untuk Lupakan Seseorang Itu

Setelah dia tidak lagi ada nilai dalam hidup anda, ini adalah peluang untuk memberi perhatian kepada diri anda sendiri. Mulakan hobi baru, lakukan aktiviti yang anda nikmati, atau tingkatkan kemahiran diri anda dalam pelbagai perkara yang anda minati selama ini. Perkara yang anda ingin lakukan tetapi dibatasi oleh aktiviti bersama dengannya dulu.
Ini akan membantu anda menumpukan perhatian kepada perkara-perkara positif dalam hidup anda dan mengalihkan perasaan anda daripada seseorang yang ingin anda lupakan.
Namun begitu, jangan lakukan perkara yang anda sering buat dengannya kerana ia pasti akan mengembalikan memori dengannya. Kalau boleh, buat benda yang bertentangan terus dengan aktiviti dengannya.
Cepat-Cepat Rancang Masa Depan
Pandang ke hadapan dan reka strategi untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan penting dalam hidup anda. Ini akan membantu anda merasa terdorong dan memberikan tujuan baru untuk diusahakan pada masa-masa terluang.
Dengan meletakkan fokus pada masa depan, anda akan dapat mengekalkan pandangan positif dan optimistik terhadap hidup.
Sebagai contoh, anda boleh terus meletakkan matlamat yang memerlukan keringat yang lebih besar sedikit. Sebagai contoh, anda mungkin boleh letakkan sasaran untuk bawa ibu bapa pergi melancong ke Jepun dalam pada hujung tahun nanti. Jadi anda pasti perlu menabung dengan lebih gigih atau buat sedikit kerja part time untuk dapat duit extra yang lebih.
Dengan Membuat Rakan Baru Anda Pasti Dapat Lupakan Seseorang Itu
Dalam hidup anda, pastinya ada orang lain lagi selain dia walaupun mungkin anda rasa sebaliknya. Bentangkan tangan dan lapangkan dada untuk beri peluang kepada berjumpa dengan rakan baru dan memperluas rangkaian sosial anda.
Hal ini boleh membantu mengurangkan perasaan kesepian dan mengisi tempat yang kosong dalam hidup anda dengan hubungan yang positif. Siapa tahu anda mungkin akan terus boleh jumpa pengganti yang lainnya. Namun, setelah apa yang anda alami jangan terlalu cepat untuk berhubungan semula.
Takut nanti pisang berbuah dua kali, perasaan anda tentu akan lagi parah!
Amalkan Aktiviti-Aktiviti Fizikal
Senaman fizikal adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood anda. Amalkan senaman berkala seperti berjalan, berlari, atau yoga, untuk membantu melepaskan endorfin dan merasa lebih baik secara keseluruhannya.
Sertai Aktiviti-Aktiviti Sukarelawan Setempat
Hasil daripada membantu orang lain dapat memberikan perasaan kepuasan dan kesejahteraan emosi kepada diri sendiri. Terdapat sebuah kajian yang dijalankan mendapati bahawa kita akan cenderung untuk merasa lebih bahagia dan gembira setelah melakukan sebuah kebaikan.
Oleh itu, anda boleh sertai sukarelawan, terlibat dalam projek masyarakat, atau bantu rakan-rakan yang memerlukan sokongan moral dan fizikal dalam hal-hal yang di dalam jangkauan kemampuan diri anda.
Tindakan ini boleh membantu anda merasa bernilai dan penting dalam kehidupan orang lain.
Kesimpulan
Mengatasi perasaan terikat kepada seseorang bukanlah mudah, tetapi dengan usaha yang tekun dan strategi yang tepat, anda pasti boleh melepaskan diri dari ikatan ini dan meneruskan hidup dengan lebih positif dan penuh keyakinan.
Ingatlah bahawa setiap individu adalah unik, dan setiap perjalanan untuk melupakan seseorang adalah berbeza bagi setiap orang kerana kita tentunya melalui perkara yang berbeza pada setiap hari. Anda tidak perlu hairan kenapa ada orang yang kelihatan mudah untuk melupakan seseorang berbanding diri anda.
Berikan diri anda masa untuk sembuh, fokus pada perkara positif dalam hidup, dan teruskan perjalanan menuju kebahagiaan dan kesejahteraan.
Kami doakan agar anda dapat melupakan seseorang itu jika itulah yang akan membahagiakan diri anda. Keep it up, don’t give up!
Rujukan & Kredit
Imej oleh Avi Chomotovski daripada Pixabay