Macam Mana Nak Joging Dengan 7 Langkah Yang Sangat Mudah

Jogging merupakan senaman yang santai dengan melakukan larian yang tidak laju dan tidak perlahan. Aktiviti joging ini sangat membantu manusia menjaga tubuh badan dan lebih sehat. Aktiviti ini juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, obesiti dan stres.

Apabila anda rajin berjoging, ia mampu meningkatkan stamina dan kekuatan otot terutamanya kaki.

Akan tetapi masih banyak yang tidak mengetahui bahawa sebelum berjoging ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Joging merupakan sukan yang tidak banyak menggunakan duit, akan tetapi joging antara sukan yang berisiko tinggi jika tidak melakukannya dengan betul.

Dalam entri kali ini kami akan kongsi dengan anda macam mana nak joging dengan 7 langkah yang sangat mudah.

Pilih Kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut amat penting dalam sukan larian. Hal ini kerana, setiap manusia mempunyai bentuk kaki yang berbeza. Jika silap dalam memilih kasut, mungkin akan membuatkan kaki berasa tidak selesa. Jadi pilih kasut yang selesa dan sesuai dengan kaki.

Buat Pemanasan Badan Terlebih Dahulu Sebelum Mula Joging

Pemanasan badan sangat penting ketika memulakan segala jenis latihan. Otot-otot badan masih tidak aktif jika tidak melakukan pemanasan badan. Jika tidak melakukannya, anda akan berisiko tinggi mengalami kekejangan otot dan kebarangkalian mengalami lenguh.

Berjalan Secara Deras (Brisk Walk) Terlebih Dahulu

Bagi pemula, mulakan larian anda dengan berjalan dalam 5 minit bagi mengaktifkan otot kaki. Berjalan tambahan mampu berfungsi sebagai pemanasan. Kemudian, mulakan joging dengan tenang. Berlarilah dalam jarak yang mengikut kemampuan masing-masing.

Berlari Dada Tegak Kehadapan

Ketika anda berlari, dada anda mestilah sentiasa tegak atau mudah faham dalam keadaan mendada. Jika anda berlari dalam keadaan badan anda bongkok, maka ia akan mengganggu pernafasan Ketika berlari. Selain itu, berlari mendada ini mampu menjaga postur badan manusia.

Amalkan Teknik Pernafasan Yang Betul

Bernafas adalah bahagian paling penting ketika berjoging. Hitung langkah kaki anda dan hirup udara masuk dan keluar. Contohnya, menarik nafas di hidung dua kali dan hembus nafas di mulutu dua kali. Teknik ini juga dipanggil nisbah nafas 2:2 iaitu dua kali hirup dan dua kali hembus.

Sebagai pemula, teknik ini sangat bagus untuk membina stamina.

Mengatur Jadual Larian

Joging yang efektif adalah joging yang mengikuti masa. Sebagai pemula, digalakkan sekurang-kurangnya seminggu tiga kali berjoging. Pemula tidak disarankan untuk terus berjoging setiap hari kerana bimbang tidak dapat meneruskan larian yang efektif.

Memang sukar untuk melaksanakan program joging secara konsisten tetapi percayalah kebaikan yang bakal diperolehi adalah amat besar. Sebuah kajian yang dijalankan oleh penyelidik kardiologi mendapati bahawa dengan berjoging 5 – 10 minit sehari akan dapat memanjangkan umur kita selamat beberapa tahun.

Kesimpulan

Joging memang nampak perkara yang sukar bagi pemula(beginners) terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun begitu, jangan patah semangat dan mengalah kerana ramai yang berpendapat ia hanya sukar dilakukan pada peringkat awal.

Setelah anda mendapat rentak ia akan jadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan mungkin anda akan ‘ketagih’ apabila telah berjaya merasai ‘runner’s high‘.

Kami doakan agar aktiviti joging anda akan sentiasa dipermudahkan dan mendapat manfaat yang berpanjangan. Selamat berjoging!

Rujukan

Imej oleh Th G daripada Pixabay

Kiriman Serupa