8 Jenis Makanan Murah Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Mengurangkan gula dalam darah adalah sesuatu yang penting bagi individu yang menghadapi masalah peningkatan paras gula dalam darah atau diabetes.

Walaupun makanan sahaja tidak boleh menggantikan ubat atau rawatan lain yang ditetapkan oleh doktor, pilihan makanan yang bijak boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Berikut adalah 8 jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan gula dalam darah.

Amaran

Artikel ini tidak disemak oleh mana-mana pengamal perubatan bertauliah. Jika anda mendapati kandungan gula dalam darah anda adalah tinggi dari normal, sila dapatkan nasihat perubatan daripada pakar perubatan dengan segera.

legakan batuk dengan madu
Imej oleh Robert Owen-Wahl daripada Pixabay

Sayur-Sayuran Dapat Membantu Kurangkan Gula Dalam Darah

Tidak semua orang gemar memakan sayur-sayuran apatah lagi jenis yang berasa pahit seperti peria, petai, lobak putih dan sebagainya. Padahal pelbagai faedah kesihatan yang boleh diperolehi daripada sayur-sayurang tersebut.

Sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat dan nutrien, yang membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Pilih sayuran hijau gelap seperti bayam, brokoli dan kubis.

Sayuran berwarna oren seperti lobak, lobak merah dan labu juga baik untuk gula darah yang sihat.

Satu kajian juga telah mendapati bahawa rutin makan sayur-sayuran dahulu sebelum mengambil makanan karbohidrat utama turut membantu mengawal paras gula dalam darah.

Kekacang Dan Biji Juga Dapat Kurangkan Gula Dalam Darah

Kekacang seperti kacang ginjal, kacang hitam, kacang hijau, dan kacang soya adalah sumber protein yang baik dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Biji-bijian seperti oat dan quinoa juga tinggi serat dan membantu mengekalkan gula dalam darah dalam julat yang normal.

Kurangkan Gula Dalam Darah Dengan Amalkan Makan Buah-Buahan

Buahan-buahan pastinya lebih enjoy dimakan berbanding sayur-sayuran kerana rasanya yang jauh lebih sedap dan manis.

Buah-buahan seperti epal, pear, ceri dan beri mempunyai kandungan gula yang lebih rendah dan memberikan manfaat kesihatan yang utama.

Pastikan hidangan buah anda tidak melebihi 15 gram karbohidrat.

Elakkan makan buah-buahan secara berlebihan yang mengandungi terlalu banyak gula, seperti manga masak, anggur, atau pisang.

Ikan Dapat Mengurangkan Gula Dalam Darah

Ikan seperti salmon, sardin dan makarel mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan keradangan dalam badan.

Terdapat kajian yang membuat hipotesis bahawa pengambilan ikan boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

Masukkan Kulit Kayu Manis Dalam Hidangan

Kulit kayu manis mempunyai aroma yang menyelerakan apabila dimasukkan ke dalam masakan atau pun kuih-muih. Rasanya semakin mendapat tempat dalam pelbagai masakan seharian kita.

Kayu manis mengandungi sebatian yang dapat meningkatkan pemprosesan glukosa dan membantu mengurangkan gula dalam darah. Anda boleh menambah kayu manis pada yogurt, oat atau kopi anda.

Cuka Boleh Membantu Kurangkan Gula Dalam Darah

Imej oleh Loyloy Thal daripada Pixabay

Kajian menunjukkan bahawa cuka, terutamanya cuka epal, boleh membantu menurunkan gula dalam darah selepas makan. Campurkan sedikit cuka dengan air dan minum sebelum atau selepas makan.

Kurangkan Gula Dalam Darah Dengan Teh Hijau

Teh hijau bukan lagi hanya popular dalam kalangan orang-orang tua sahaja, bahkan semakin ramai orang muda yang menggemarinya. Teh hijau semula jadi tentu sahaja baik untuk kesihatan.

Teh hijau mengandungi polifenol yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan gula dalam darah. Selain itu, minuman ini juga dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Menurut sebuah kajian meta-analisis, teh hijau menunjukkan kesan positif, seperti glukosa puasa yang lebih rendah dan tahap Hb A1c.

Minyak Zaitun Juga Mampu Membantu Mengurangkan Gula Dalam Darah

Minyak zaitun mengandungi lemak sihat yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah dalam julat yang normal dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Sebuah kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan sampel yang mengamalkan diet Mediterranean mendapati bahawa, paras gula dan kolesterol dalam darah diturunkan dengan virgin olive oil.

Kesimpulan

Walaupun makanan ini boleh membantu mengurangkan gula dalam darah, adalah penting untuk mempertimbangkan diet dan gaya hidup sihat secara keseluruhan. Bak kata mat saleh, ‘prevention is better than cure‘.

Selain menjaga makanan, anda juga perlu amalkan diet seimbang, senaman yang kerap, dan kurangkan tekanan dalam hidup anda.

Jangan teragak-agak untuk berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk panduan lebih terperinci yang disesuaikan dengan keperluan individu anda.

Kami doakan segala penyakit anda akan disembuhkan!

Kiriman Serupa