Macam Mana Nak Legakan Batuk Di Rumah Dengan Mudah
Anda yang mendapat batuk mesti tertanya-tanya macam mana nak legakan batuk tanpa perlu ke klinik. Batuk merupakan sakit yang sentiasa dialami oleh semua manusia. Batuk berlaku apabila paru-paru ingin mengeluarkan bahan asing atau mengganggu saluran pernafasan. Selain itu, batuk juga boleh terjadi apabila berlaku keradangan dalam saluran pernafasan.
Keradangan boleh menyebabkan kahak atau sesuatu yang berlendir untuk dirembes pada saluran pernafasan dan oleh sebab itu ia menyebabkan paru-paru untuk cuba mengeluarkannya melalui batuk.
Contoh lain bagi sebab berlakunya batuk adalah berpunca daripada merokok. Kandungan rokok sangat merbahaya untuk paru-paru. Ia juga boleh menjadi punca utama sakit batuk.
Amaran
Artikel ini tidak disemak oleh mana-mana pengamal perubatan. Jika anda mengalami batuk berpanjangan sila jalankan pemeriksaan kesihatan dengan segera!
Kebiasaan orang apabila mengalami sakit batuk mereka akan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada beberapa petua lain bagi melegakan batuk sebelum ia bertambah serius?
Berikut merupakan beberapa 4 langkah mudah macam mana nak legakan batuk di rumah dengan mudah.
Legakan Batuk Dengan Minum Madu

Madu merupakan bahan yang paling banyak diguna pakai oleh kebanyakan kita terutama untuk dimakan. Tetapi, tahukah anda bahawa madu mampu melegakan batuk?
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa madu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ubat batuk dextromethorphan walaupun perbezaan kebaikannya adalah sedikit sahaja.
Legakan Batuk Dengan Bernafas Dengan Wap Air Panas

Cara ini sangat membantu untuk mencairkan kahak yang tersekat di tekak kita. Selain itu, ia juga berfungsi bagi melegakan selsema. Tambahan itu, kita boleh menambah beberapa bawang putih yang sudah diketuk masuk ke dalam air panas tersebut.
Hal ini kerana, bawang putih merupakan satu antibiotik semula jadi yang manusia boleh gunakan.
Legakan Batuk Dengan Minum Air Halia

Halia merupakan makanan yang sering digunakan kita gunakan dalam masakan bahkan dalam minuman juga. Halia mempunyai khasiat tersendiri iaitu gingerols, shagoals, zingiberene, zingerone dan choline. Setiap kandungan yang terdapat di dalam halia ini mempunyai peranan masing-masing dalam memberikan khasiat terhadap kesihatan.
Perlu berpada-pada mengambil halia dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak takut ia memedihkan perut.
Secara umumnya, kita mengetahui rasa halia ini pedas-pedas berangin. Halia mampu melegakan batuk kerana ia mempunyai kandungan bahan kimia semulajadi yang bersifat anti inflammatory iaitu boleh meredakan keradangan.
Menurut Viknarajan (2020), halia memang bagus untuk melegakan batuk akan tetapi tidak boleh berlebihan dalam pengambilannya kerana bimbang akan memedihkan perut.
Legakan Batuk Dengan Berkumur Air Garam

Berkumur dengan air garam antara cara lain bagi melegakan batuk. Berkumur dengan air garam bukan sahaja mampu melegakan batuk, tetapi ia juga mampu membersihkan mulut kita dari bakteria terutamanya yang bersifat asid.
Kesimpulan
Batuk adalah penyakit yang sangat bahaya. Segeralah mencegah penyakit itu jika terdapat simpton-simpton batuk. Bagi kebanyakan orang, batuk selalu datang dengan sakit demam dan selesema yang disebabkan oleh virus-virus yang memasuki tubuh badan kita.
Jika batuk tidak teruk, boleh amalkan petua-petua di atas. Jika masih tidak sembuh, boleh dapatkan nasihat doktor untuk rawatan susulan. Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk semua.
Rujukan
Sri Vinarajan, 2020, 4 cara melegakan batuk, Diakses 3 Okt. 2022, https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-menghilangkan-batuk
Imej oleh Towfiqu barbhuiya daripada Unsplash